10 Hal Yang Ibu Bapa Perlu Buat Saat Besarkan Anak | Tip Wanita Dot Com

1#- Tunjukkan Bahawa Kita Mencintai Mereka

Bak kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, “berilah kasih sayang dan cinta tanoa batasan, tanpa syarat. Uncondition love.” Persembahkan cinta kita kepada anak-anak walau apa pun yang terjadi. Sepertimana kita mencintai mereka ketika mereka masih kecil dan comel, seperti itulah tunjukkan kita cinta mereka ketika mereka terbuat kesalahan tanpa disedari.

2# – Terima Kelebihan Dan Kekurangan Diri Anak-anak

Anak merupakan anugerah dari Allah SWT. Setiap anak-anak sangat berbeza perangainya, sifatnya dan keletahnya. Memang penat bukan melayan mereka? Namun memang tidak dinafikan walau mereka ada kekurangannya, mereka tetap individu yang unik dan luar biasa.

3# – Hormati Apa Saja Yang Mereka Katakan

3

Perlakukan mereka dengan rasa hormat sama seperti yang kita lakukan terhadap orang yang paling penting dalam hidup kita. Raikan apa saja yang mereka utarakan. Andai mahu tolak kata-kata mereka disebabkan kurang setuju, berikan hujah supaya mereka faham. Kita akan dapati mereka senang hati dan suka nak rujuk kita terlebih dahulu dalam apa jua keadaan.

4# – Percaya Dan Yakinlah Dengan Mereka

Anak-anak ini ada-ada je perkara yang luar biasa mereka nak buat. Misalnya masuk pertandingan bola sepak, melukis dan bercerita depan orang ramai. Maka, tugas kita untuk beri sokongan padu. Tanamkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri mereka bahawa mereka pasti boleh buat.

5# – Diam Sebentar Dan Dengarkan Cerita Macam-macam Daripada Si Anak

Anak kecil terkenal dengan mulutnya yang banyak celoteh, banyak cakap. Tak henti-henti pula tu. Dengarkan mereka dengan baik supaya kita dapat fahami mereka. Tunjukkan bahawa kita betul-betul berminat dan tertarik dengan cerita mereka. Banyakkan diam, sekali kala berilah respon. Dengarkan dengan prihatin, tanpa berbelah bagi, tanpa mengadili dan penuh cinta.

#6 – Sentiasa Beri Galakan, Semangat Dan Kata-kata Positif

Manfaatkan setiap kesempatan yang ada untuk beri kata-kata positif terhadap mereka. Terutama semasa kita hantar anak-anak ke sekolah pada waktu pagi.

#7 – Sesekali Berikan Pujian Ketika Mereka Dah Lakukan Yang Terbaik

Ahli psikologi moden, Dr William James menyatakan bahawa “prinsip paling penting umat manusia adalah keinginan yang kuat untuk dihargai.” Apabila kita memuji anak-anak sebagai tanda penghargaan terhadap usaha, keyakinan diri mereka melonjak. Hanya dengan kata-kata seperti “Tahniah, ayah tahu Angah boleh buat” dan “Wah, bagusnya adik tolong mama kat dapur” je, ia mampu buatkan mereka rasa mahu lakukan perkara yang lebih baik.

#8 – Ikuti, Bantu Serlahkan Potensi Mereka

2

Cara ini merupakan salah satu perkara terpenting yang boleh dilakukan ibu bapa untuk buatkan anak-anak rasa ibu bapa betul-betul tertarik dan mengikuti perkembangan tentang apa yang mereka minat. Hinggakan kita sanggup mencari ilmu untuk gilap potensi mereka. Kesannya, kepercayaan diri mereka meningkat dan hubungan dengan ibu bapa makin bertambah erat.

#9 – Berikan Mereka Pengertian Dan Kefahaman

Dua elemen ini sangat penting dalam komunikasi supaya dapat capai persepakatan yang sama. Dengar dulu, kemudian berusaha untuk fahami alas an-alasan di sebalik kelakuan anak-anak dan saling bekerjasama selesaikan jika ada masalah. Andai pendapat mereka tak dipersetujui atas alas an-alasan tertentu, terangkan dengan baik kepada mereka.

#10 – Terus Sabar Dan Tenang Hadapi Kerenah Anak-anak

Namanya pun manusia, kita pun tak lari dengan emosi tak sabar dan letih dengan perangai anak-anak. Namun jika tetap bersabar, tenang dan pandai urus emosi ketika berdepan dengan anak-anak, kita pasti berjaya medidik mereka dengan baik.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)