12 Amalan Ibu Mengandung Sebelum Bersalin | Tip Wanita Dot Com

Proses bersalin jujurnya memang agak mengerikan dan merupakan rangkaian kesakitan yang terjadi tahap demi tahap dalam waktu yang cukup lama. Bermula dengan air ketuban pecah, konsentrasi, keluar darah, tunggu pintu rahim terbuka, kesakitan meneran dan berakhir dengan kelahiran bayi bersama pengeluaran plasenta serta selaput kandungan dari perut ibu.

Persoalannya bagaimana mahu sediakan diri menghadapi saat sebegini dan supaya dapat kurangkan kesakitan serta diri mudah bersalin kelak? Maka, artikel ini menyediakan jawapannya iaitu melalui amalan yang perlu dilakukan oleh ibu mengandung.

Ibu mengandung digalakkan untuk banyak mengingati dan dekatkan diri dengan Allah SWT dengan memohon ampun, solat sunat taubat dan istighfar. Dengan itu, hati pasti tenang. Di samping, bermunajat kepada Allah dan berdoa agar anak dalam kandungan sentiasa sihat dan dipermudahkan ketika tiba saat kelahiran. Bukan setakat ibu saja, malah ayah pun perlu turut serta dalam beramal.

Setiap ayat dalam Al-Quran ada banyak fadhilat dan bukan saja baik untuk ibu mengandung dan anak-anak malah boleh diamalkan untuk kesejahteraan hidup. Antara amalan-amalan, surah-surah atau zikir yang bagus dan baik diamalkan sepanjang 9 bulan mengandung ialah :

#1 – Surah Al-Fatihah > Untuk terangkan hati dan kuatkan daya ingatan.

#2 – Surah Yusuf > Untuk dapatkan anak yang miliki paras rupa bagus dan berakhlak mulia.

#3 – Surah Luqman > Untuk memiliki anak yang cerdik akal dan terang jiwa.

#4 – Surah Yaasin > untuk diri peroleh ketenangan jiwa, mempunyai anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

#5 – Surah Maryam > Untuk mudahkan diri bersalin, peroleh anak yang sabar dan taat.

#6 – Surah al-Hujurat > Untuk banyakkan susu ibu diberi kepada bayi dan anak yang bersifat hati-hati dalam kehidupan.

#7 – Surah At-Taubah > Untuk bersihkan jiwa dan pelihara daripada maksiat.

#8 – Surah Ibrahim (Ayat 40-41) > Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

#9 – Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq dan Ayat Kursi > Baca kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.

#10 – Surah Al-Nahl (Ayat 78) > Untuk anak yang bersikap rajin dan berdisiplin.

#11 – Surah Al-Imran (Ayat 38) > Doa agar peroleh keturunan yang soleh dan solehah.

#12 – Dirikan solat malam dan solat hajat setiap hari.

Ketika membaca surah, suami boleh letakkan tangan di perut isteri sebab otak bayi sedang membesar dan bayi cepat menangkap bunyi yang didengari daripada luar perut. Boleh juga dengarkan muzik-muzik yang bernada rendah, 99 Nama Asmaul Husna atau alunan ayat Quran yang lain.

Andai mahukan anak yang dilahirkan itu baik akhlak dan sifatnya, maka ibu-ibu perlu menjadi baik sepanjang kehamilannya. Elakkan berborak-borak kosong dan berkata perkara yang melalaikan kerana sikap ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak.

Kerapkan diri untuk berzikir seperta La ilahaillallah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar atau Ya Allah. Pastinya, Allah SWT beri ganjaran yang besar buat si ibu yang menjaga kandungan.

Bukan tu saja, ibu-ibu juga boleh tambahkan amalan rohani dan doa lain. Misalnya doa hilangkan sakit semasa hampir bersalin dan doa agar kandungan sihat. Kerana setiap amalan yang baik dapat bantu membentuk peribadi yang baik terhadap anak dalam kandungan.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)