13 Dosa Tanpa Sedar Kepada Suami Yang Isteri Perlu Tahu | Tip Wanita Dot Com

Awal-awal kahwin memang rasa seronok dan gembira.  Namun lama-kelamaan ia makin pudar.  Terasa suami tidak lagi sayang pada isteri dan isteri makin kurang kasih sayang kepada suami.  Kadang kita mungkin tak tahu apa yang kita lakukan sebagai isteri adalah penyebabnya.  Iaitu punca perhatian dan cinta semakin kurang.

#1 – Tidak Ambil Serius Tentang Penampilan Diri

bad mom

Kurang peduli dengan penampilan diri dan tidak berhias khas buat suami ketika berada di rumah.  Perasankan bila keluar bekerja, kita pakai make up dan baju cantik-cantik.  Namun depan suami setakat pakai t-shirt dan kain batik saja.

#2 – Biar Suami Dengan Urusannya Sendiri

Biarkan suami urus dirinya sendiri.  Ada juga isteri yang malas mahu cadangkan baju apa hendak dipakai, gosokkan baju atau kemaskan tali lehernya.  Mereka merasakan perkara tersebut agak leceh.  Walhal ia perkara kecil yang bawa impak besar dalam kebahagiaan rumahtanga.

#3 – Lambat Ketika Dipanggil

Lambat datang atau kata “jap, 10 minit lagi saya datang” bila suami panggil.  Selalukan suami yang duduk di ruang tamu panggil isteri ketika isteri sedang kemas rumah atau memasak?  Maka bersegeralah pergi kepadanya.

#4 – Ambil Masa Untuk Bersiap

tired mom

Ambil masa untuk bersiap ke sesuatu tempat.  Suami dah cakap awal nak pergi pada pukul sekian waktu.  Namun isteri pulak yang bersiap lambat, biarkan suami menunggu lama.

#5 – Bercakap Dengan Nada Tinggi

Bercakap dengan nada yang tinggi.  Zaman sekarang kita pun tahu wanita cepat stress.  Nak layan suami, anak-anak dan kerja lagi.  Oleh itu, cuba kita belajar bercakap lemah lembut dengan suami walaupun sedang stress.  Suami pasti bertolak ansur dengan kita.

#6 – Sentiasa Berfikiran Negatif

Sering berfikiran negatif.  Misalnya bimbang suami tidak jujur, curiga dan risau itu ini.  Suami pun naik rimas dengan perangai macam tu.  Andai kita positif dan jujur, maka sikap yang sama akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hati si suami.

#7 – Rumah Tunggang Langgang

rumah tunggang langgang

Kebersihan rumah tunggang-langgang.  Sesibuk mana pun kita, kebersihan rumah mesti dijaga walaupun ada anak-anak kecil.  Suami akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan keadaan rumah seperti tongkang pecah.  Aduhaii, sakit mata lihat barang-barang berselerak.

#8 – Tidak Sambut Suami Ketika Pulang

Isteri tidak berada di pintu rumah untuk hadiahkannya sebuah senyuman ketika menyambut kepulangan suami yang letih dengan kerja.

#9 –  Kurang Berkata Semangat

Kurang bertindak memenangi hatinya.  Suamilah yang pikul tanggungjawab berat dalam mencari nafkah, menyediakan keperluan keluarga dan meraih rezeki.  Bayangkan dengan kata-kata semangat saja, ia sudah cukup untuk buat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.

#10 – Kuat Berleter

berleter

Banyak berleter atau kerap bertanya seolah soal siasat.  Sebagai contoh “Abang nak ke mana?  Pukul berapa nak balik?  Keluar dengan siapa?  Ada program apa?” Jangankan suami, kita pun naik rimas dan tidak suka bila ada yang melakukan seperti itu kpada kita.

#11 – Ucapan Terima Kasih

Terima kasih untuk setiap pemberian suami pun jarang ucap.  Saat dia bantu belikan barang dapur atau perkara yang tak seberapa besar nilainya, ucaplah terima kasih.   Jika perkara yang kecil kita mula hargai, bayangkan jika dia belikan perkara yang besar.  Ucapan 2 patah perkataan ini sangat bermakna buat si suami kerana lelaki ni kadang-kadang suka dipuji.

#12 – Remehkan Pandangan Suami

Terlalu kuat meremehkan pendapat suami.  Walaupun jika pangkat kita melebihi suami atau pandangannya itu salah, elak nak bangkang terus-menerus.  Sebaik-baiknya raikan pendapat dia dulu.  Kawal nada suara kita apabila pendapat kita dengan dia bertentangan.

#13 – Buruk Sangka Walau Hanya 1 Kesilapan

Sekali suami bersikap buruk, semua kebaikannya dilupakan seolah tak pernah wujud langsung.  Biasakan ini berlaku?  Tanpa sedar isteri kelihatan sengaja jemput kebencian suami terhadapnya. Suami pun manusia yang banyak lakukan kesilapan.  Mana mungkin seseorang itu sempurna seperti Nabi Muhammad SAW yang maksum?

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)