5 Perkara Bakal Ibu Patut Bersedia Mental Namun Tiada Siapa Beritahu | Tip Wanita Dot Com

Tidak kira berapa banyak buku tentang parenting yang kita dah baca, seminar keibubapaan yang kita dah pergi, tanya kepada orang tua-tua atau keluarga dan sahabat andai serta asyik google maklumat, menjadi ibu buat kali pertama sangat berbeza pengalamannya untuk setiap orang. Lagi-lagi kita sering terfikir apa yang bakal jadi seterusnya pada masa hadapan.

Artikel ini merupakan pengalaman seorang ibu kepada tiga orang anak iaitu sepasang kembar dan kini seorang bayi yang baru lahir. Kepakaran beliau adalah bantu beri ilmu kepada setiap ibu baru tentang apa yang mereka perlu tahu supaya mereka dapat melangkah dengan lebih yakin dalam dunia yang baru.

Jadi, apa perkara yang sepatutnya ibu-ibu muda patut tahu namun jarang sekali orang bercerita untuk hadapi situasi bersama bayi buat pertama kalinya?

#1 – Jujurnya, Ibu Muda Tak Tahu Pun Apa Yang Beliau Lakukan Dan Apa Yang Sepatutnya

Masakan tidak, kerana bakal ibu akan menempuh cabaran yang mereka tak pernah alaminya. Tak dinafikan, kebanyakan ibu tidak mempunyai idea apa yang mereka patut lakukan. Menjaga bayi yang baru lahir ditambah pula dengan kita yang harus berpantang, bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Jadi perlu buat apa?

Cara yang ada memang perlu dengar nasihat orang tua-tua, ambil tahu dengan sentiasa top up ilmu dan banyakkan membaca sebagai persediaan mengenai apa yang patut saya buat semasa mengandung, selepas bersalin dan lain-lain.

#2 – Percaya Pada Gerak Hati

Percaya atau tak, naluri seorang ibu ni sangat kuat. Andai ada situasi yang berlaku dan ia menyebabkan diri kita kalut, maka ambil masa 10 saat untuk tarik nafas dan bertenang. Kemudian ikut pada gerak hati. Sebagai contoh, bayi demam panas atau demam kuning, menangis tak berhenti dan bayi tersedak. Di sini kita bakal belajar pelbagai pengalaman hidup, buat kesilapan, baiki kepada yang lebih baik dan dapat lihat perkembangan bayi dari awal.

3# – Pastinya Air Mata Tetap Mengalir Dalam Diam Dan Tatkala Sendiri

Ibu baru mungkin bakal mengalami bayi menangis pada bila-bila masa. Tak menentu pula tu dan kadang mereka tak berhenti nangis. Suatu masa jauh dalam sudut hati, terselit rasa sedih dan mahu menangis selepas mengurus hal-hal anak dan rumahtangga. Normal apabila wujud diri letih, kecewa bila ada yang tak memahami, hormone tak tentu dan pelbagai lagi emosi lain apabila menjadi seorang ibu. Ujian tak pernah surut namun percayalah, kesemua ini adalah ladang pahala kita kelak.

La Tahzan, innallahamaana = jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

4# – Episod Hidup Lama Kita Bakal Hilang

Kenyataan bukan? Fasa bujang, jadi isteri orang dan ibu sememangnya berbeza. Termasuklah identiti kita, pengurusan masa, tanggungjawab, kewangan, rutin harian dan emosi turut berubah. Ringkasnya, membawa pulang bayi baru akan mengubah segala-galanya. Hatta mahu keluar dengan kawan dan ada “me time” pun makin terikat kerana kita ada bayi yang perlu diberi perhatian setiap masa. Ada masanya, kita akan rindu pada diri kita yang dulu.

5# – Peroleh Kekuatan Hidup Yang Luar Biasa

Kita akan rasa kekuatan yang jauh lebih besar dari sebelum anak kita dilahirkan. Seorang ibu sering dikatakan superwoman. Bermula dari bangun tidur, memasak untuk keluarga, kemas rumah, kejutkan anak, iron baju dan 1001 kerja rumah yang tak pernah habis dibuat pada setiap hari. Kita ingat kita tak boleh melakukannya, namun lepas tu kita dapati “eh, sebenarnya aku boleh buat rupanya.”

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)