6 Perkara Yang Mesti Anda Tahu Untuk Mandikan Bayi Newborn | Tip Wanita Dot Com

1# Sediakan Kit Mandian Bayi

baby bath kit

 

Buat kita yang pertama kali merasai pengalaman mandikan bayi baru lahir, perkara utama  yang harus dilakukan adalah pilih kawasan yang selesa.  Kita boleh cuba di kaunter sebelah singki dapur atau pun bilik mandi.  Sediakan kit mandian bayi sebelum bermula iaitu :

  1. Sabun mandian bayi
  2. Besen khas untuk bayi
  3. Air suam
  4. 2 kapas lembut
  5. Tuala
  6. Span mandian
  7. Cawan plastik

 2# Suhu Air Mandian Bayi Yang Sesuai

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapakah suhu yang sesuai sebagai mandian buat si kecil.  Hanya pastikan air mandian tersebut suam dan selesa.  Biasanya suhu 37 darjah celcius adalah yang paling sesuai.  Belilah termometer untuk sukat suhu air mandian.  Namun jika tidak mempunyainya, celupkan siku ke dalam air untuk uji samada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.

 Tuangkan air sejuk ke dalam besen dulu, kemudian barulah air panas.  Ini akan membantu kurangkan risiko bayi melecur.  Elakkan meletak bayi ke dalam besen semasa air paip sedang mengalir.  Hal ini boleh membuatkan suhu air berubah dengan pantas.

 3# Cara Mandikan Bayi

mandikan bayi

Pegang bayi dengan kedua belah tangan sebelum masukkan bayi ke dalam besen.  Kemudian salah satu tangan pangku kepala bayi, sementara tangan lain bergerak mandikan si bayi dengan span.  Andai tangan lenguh, kita boleh letakkan tuala di hujung besen sebagai alas keselesaan tangan.

Mulakan dengan badan bayi.  Selepas itu sapukan air suam di muka, belakang telinga, lipatan leher, tangan, pangkal paha, lutut dan siku.  Pusingkan bayi untuk bersihkan belakang badan dan punggung.  Gunakan syampu bayi dengan kapas sebagai usapan lembut buat si bayi.  

 4# Kekerapan Mandikan Bayi

Tidak semestinya kita mesti mandikan bayi setiap hari.  Kerana bayi kurang terdedah dengan kotoran.  Minimum 4 kali dalam seminggu pun sudah cukup.  Yang penting, kita bersihkan kawasan najis bayi dengan sebaik mungkin setiap kali si kecil membuang air kecil atau besar.

 5# Jenis Sabun Dan Syampu Yang Harus Digunakan

mandikan bayi 2

Kulit bayi yang baru lahir sememangnya sensitif.  Maka syampu dan sabun yang digunakan mestilah bersifat lembut, pH yang selamat dan sesuai pada bayi seperti jenama Johnson.  Ketika pertama kali gunakan sabun, sapu sedikit dengan kapas pada satu bahagian kecil dari badan.  Jika dalam tempoh 10 jam ia menimbulkan radang kulit atau apa-apa perubahan, gunakan sabun lain dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

 Hadkan masa penggunaan sabun ini pada kulit kurang dari 5 minit dan bilas kulit bayi.  Elakkan menyental kuat mana-mana kawasan kulit badan bayi dengan sabun.  Begitu juga dengan rambut bayi.  Bagi kebanyakan bayi, rambut hanya dicuci seminggu sekali.

6# Bilas Dan Keringkan Bayi

Untuk kitaran mandian terakhir, gunakan air suam bersih yang baru. Isi air dalam cawan dan

perlahan-lahan tuangkan di atas badan bayi.  Angkat bayi dari besen, lapkan kulit bayi dengan tuala kering yang lembut.  Pastikan kita teliti keringkan dan bersihkan mana-mana bahagian lipatan kulit bayi. Bayi chubby boleh mempunyai banyak kotoran yang terkumpul di bahagian tersebut.

Setelah itu, cepat-cepat tutup badan bayi dengan tuala untuk elakkan diri bayi sejuk.  Pakaikan baju bersih dan wangian kepada bayi anda.  Dah pun selesai.  Sebagai tambahan, bacakan selawat sepanjang kita mandikan bayi.  Ikut kajian, bayi sangat selesa dan gembira apabila mendengarkan bacaan Quran.  

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)