7 Perbuatan Harus Dijauhi Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak | Tip Wanita Dot Com

1# – Tak Ambil Peduli Tentang Cerita Anak

Ini selalu terjadi. Anak-anak merupakan manusia kecil yang selalu inginkan perhatian setiap masa. Namun kita sebagai ibu bapa jarang sekali duduk dan diam sebentar untuk spent masa dengan anak-anak. Bahkan ada yang langsung tak mengerti apa yang anak-anak inginkan, apakah minat mereka dan kurang memahami diri mereka.

2# – Kerap Mengkritik Tanpa Beri Sokongan Yang Membina

Kita selalu doa nak anak-anak yang soleh solehah, bijak pandai dan lain-lain. Namun tak selari pula dengan perbuatan. Kita tak sedar bahawa kita sering marah dan kritik perangai anak yang dikatakan entah apa-apa. Tahukah dengan mengkritik itu, impaknya anak-anak akan rasa rendah diri, tak berharga dan cepat berputus asa?

3# – Membandingkan Anak Dengan Orang Lain

22

“Along patut buat belajar rajin-rajin dapat semua A macam anak Mak Timah tu.”

Familiar bukan ayat di atas? Kebanyakan ibu bapa suka sangat buat perbandingan anak dengan adik-beradik yang lain atau orang luar tentang siapa yang lebih baik secara negatif. Hinggakan anak-anak boleh terasa diri mereka tak penting dan keberadaan mereka tak diterima dalam keluarga. Kekurangan atau kesalahan mereka dibesar-besarkan berbanding pujian. Sedangkan setiap manusia mana mungkin sempurna.

4# – Berterusan Menyalahkan Walaupun Kesalahan Yang Anak Buat Sudah Lama Berlalu

Ketika ayah atau ibu menyalahkan anak-anak mereka kerana suatu kesalahan yang terjadi, mereka sebenarnya buatkan anak-anak makin rasa bersalah. Lebih-lebih lagi jika kesilapan anak-anak kerap diungkit banyak kali depan mereka. Kesannya lagi teruk saat waktu mereka dewasa, mereka tak hormat dengan kita kerana perasaan yang dipendam dalam hati. Hatta andai kita sendiri pun paling tidak gemar orang menyalahkan kita, apatah lagi anak-anak.

5# – Bersikap Sarkastik Atau Pandang Remeh Tentang Idea, Pendapat Si Anak

33

Dalam erti kata lain, takat pandang sebelah mata je ketika anak-anak melontarkan sesuatu pandangan. Malah, ada ibu bapa yang sering kali menyindir sinis anak-anak mereka mengenai kelakuan, cita-cita, impian dan idea mereka untuk buat sesuatu yang luar biasa. Kita ragu-ragu dengan keupayaan mereka, tak yakin mereka boleh buat menyebabkan hancurnya harapan mereka.

Walau mereka muda, kadang ada masa mereka pun genius lebih dari kita yang tua ni dan nampak satu sisi pandangan baru yang kita pun tak lihat.

6# – Sibuk Kawal Apa Yang Kita Nak, Bukan Apa Yang Anak Nak

Perasankah ramai ibu bapa usaha kawal semua aktiviti anak-anak dalam setiap aspek? Anak-anak seolah dikatakan tiada hak untuk pilih atau putuskan apa yang mereka mahu jadi dalam hidup. Kawalan seperti ini menyebabkan anak-anak jadi tak percaya dengan kemampuan mereka untuk lakukan segala-galanya sendiri.

Andai saja mereka dibenarkan, lihatlah apa potensi yang mereka boleh capai dengan lebih jauh. Kita pun turut teruja. Sebagai contoh anak dengan bangga kata, “Ayah mak, saya mahu jadi designer dalam fine arts!” Dikatanya pada anak itu, “tak boleh. Job tu tak buat banyak duit. Ayah dan mak mahu Along jadi Engineer. Barulah high class.”

7# – Menggeneralisasi

Eh, apakah ini? Namun ia sangat common berlaku dalam masyarakat kita. Inilah ketika di mana ibu bapa mengambil suatu aspek dari perilaku anak-anak dan menggeneralisasikannya (mengulang, bercakap benda yang sama) hingga apa-apa pun yang anak tersebut buat, dia dibayangi dengan kelakuan buruk itu.

Misalnya andai si anak dapat gagal dalam 2 subjek, ibu bapa menyatakan dia memang teruk di sekolah. Kejap-kejap cakap perkara yang sama terhadap anak. Hal ini membuatkan anak terus hilang minat buat apa saja kerana ibu bapa sudah cop bahawa dia anak yang gagal secara keseluruhannya.

– Adaptasi Buku Personal Power oleh Dr Ibrahim Enky, International Bestseller

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)