9 Kesilapan Yang Wanita Sering Buat Ketika Serius Untuk Diet | Tip Wanita Dot Com

Saat ditanya kepada wanita yang berumur 30-an mengapa tidak makan, katanya diet.  Kita sanggup bersusah-payah diet demi mendapatkan berat badan ideal dan bentuk tubuh yang kita inginkan.  Termasuklah melaburkan wang untuk beli pelbagai produk kurus.  

Persoalannya, mengapa diet yang kita amalkan gagal menunjukkan hasil tubuh badan dan berat yang kita impikan?  Ketahui jawapannya di bawah.

1# – Makanan Yang Miliki Protein Dibanyakkan

Contoh makanan yang banyak mengandungi protein cenderung miliki rasa manis dan berlemak seperti soya atau shake. Protein memang mampu buatkan perut terasa kenyang lebih lama, namun jika lebih protein ini akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

2# – Sarapan Dengan Segelas Jus Sahaja

jus sarapan pagi

Kebanyakan orang menganggap minum 1 gelas jus buah ketika sarapan sudah cukup.  Namun sebenarnya tidak. Jus akan menghasilkan insulin lebih banyak hingga menyebabkan kita mudah lapar dan makan lebih banyak.  Jadi makanan apa yang sesuai untuk sarapan?  Pilihlah makanan yang memiliki serat seperti roti dan telur. 

3# – Diet Yang Ekstrem Dan Melampau

Sesetengah orang tidak makan nasi langsung semata-mata untuk turunkan berat badan.  Nasi merupakan sumber karbohidrat dan tenaga yang tinggi.  Andai penurunan berat badan berlaku secara drastik, bimbang terjadi gangguan metabolisme tubuh.  Sekali sekala makanlah nasi.  Kemudian lakukan kerja yang boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan.   

4# – Tidak Cukup Masa Rehat

Jaga pola makan semata tidak cukup.  Ia mesti diimbangkan dengan aktiviti sukan dan istirehat yang baik.  Wanita yang alami period, normal apabila dikatakan emosinya agak tunggang terbalik dan hormonnya kurang terkawal.  Lebih-lebih lagi jika tiada rehat langsung.  Hormon nafsu makan akan meningkat dan tubuh cenderung memilih rasa manis dan masin yang menyebabkan berat badan naik.

 5# – Langsung Tidak Berjogging Atau Bersenam

jogging

Mana mungkin diet berikan impak yang hebat andai fokus diet pemakanan semata dan malas nak berjogging.  Tim Rich yang seorang personal trainner di Crunch Gym menyarankan agar kita melakukan olahraga secara intensif.  Fokus berjogging setiap pagi atau petang hujung minggu dengan melakukan latihan otot supaya diri tetap segar.

6# –  Abaikan Sarapan Pagi

Ya, umumnya kita memang sibuk dengan urusan kerja dan hal rumah tangga.  Namun ini tidak bermakna kita perlu abaikan sarapan pagi untuk terkejar-kejar masuk pejabat dan berharap berat badan kurang dengan tidak mengambil sarapan.  Cara ini menjadikan kita semakin lapar pada waktu tengah hari dan makan saja apa yang ada dengan banyak.

 7# – Ambil Makanan segera

Walaupun makanan segera memang mudah dan pantas berbanding masak sendiri, ketahuilah mereka yang ambil makanan segera ni akan naik berat 3 kali ganda dari biasa.

8# – Sanggup Menahan Lapar

Elakkan diri tahan lapar dalam waktu yang lama.  Boleh saja makan makanan yang sedikit ringan seperti yogurt, kismis, kekacang dan buah-buahan untuk mengurangkan rasa lapar.  Sebaiknya makan setiap 4 hingga 6 jam supaya dapat menyumbang tenaga untuk bekerja.  Andai mahu berlapar, puasa saja terus.

 9# – Berhenti Minum Susu

susu untuk diet

Ramai yang menganggap susu adalah punca utama kegemukan dan langsung berhenti minum susu apabila makin dewasa. Tahukah kita susu mengandungi sumber kalsium dan protein utama? Ada kajian yang menunjukkan tubuh yang mempunyai kalsium yang mencukupi dapat membakar lemak dengan lebih baik.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)