Adakah Kerja Yang Dilakukan Sekarang Ini Jadi Saham Akhirat Untuk Kita? | Tip Wanita Dot Com

Bayangkan kita mula bekerja selepas graduate di universiti, iaitu ketika berumur 23 tahun misalnya.  Katakan umur kita kini sudah pun menginjak kepada 30-an.  Bermakna sudah 7 tahun ke atas, kita bekerja.  

Persoalannya, adakah yang pekerjaan yang kita lakukan bermula dengan pergi pukul 7.00 pagi ke pejabat dan pulang ke rumah jam 6.00 petang telah diniatkan untuk meraih pahala sebanyak mungkin?

uitm konvo

Orang dulu-dulu berkata, “pekerjaan kita boleh dijadikan alat untuk meraih syurga-Nya.  Rugi bagi mereka yang bekerja namun tidak berniat untuk meraih pelbagai kebaikan melalui pekerjaannya.  Sangat rugi kerana itulah pekerjaan yang dibuat saban hari, bahkan bertahun-tahun lamanya.  Bukankah setiap pahala itu dikira berdasarkan niat dan amal?”

Oleh itu, bagaimana kita boleh jadikan kerja kita untuk mendapatkan pahala yang berbondon-bondon setiap hari?

Niat Ikhlas Kerana Allah SWT

Kita bekerja kerana ia adalah kewajipan sebagai seorang hamba dalam usaha mencari nafkah dan rezeki buat keluarga.  Setiap pagi niatkan bahawa “aku bekerja kerana Allah SWT.”  Sebelum keluar rumah, bacalah Bismilllah dan sepotong ayat ”Bismillahi tawakkaltu Alallah.  La haula wala quwwata illa billahi aliyyil azim.”  Memulakan pekerjaan dengan zikir kepada Allah boleh membantu memudahkan urusan kerja.

Bersifat Itqan (bersungguh-sungguh, profesional dalam bekerja)

bersungguh sungguh

Kita sendiri sudah tahu syarat ini.  Iaitu tekun dan melakukan yang terbaik ketika sedang bekerja.  Dalam erti kata lain, amalkan sifat Itqan.  Antara bentuk yang mudah difahami adalah buat kerja Gred A dalam melaksanakan pekerjaan yang diberikan dan sentiasa berusaha menjadi pakar dalam bidang yang kita mahir.

Dalam sebuah Hadis Riwayat Tabrani, Rasulullah bersabda “Sesungguhnya Allah mencintai seorang hamba yang apabila ia bekerja, ia menyempurnakan pekerjaannya.”

Menjaga Etika Sebagai Seorang Muslim

Adab dan akhlak saling berkait.  Itulah cerminan seorang muslim.  Kita mungkin sedar hal seperti ini sering berlaku di pejabat : gosip terbaru, saling mengumpat dan ketawa terbahak-bahak.  Mana mungkin dapat meraih kebaikan jika kita sendiri yang terlibat sama.  

Indahnya Islam kerana telah menghaluskan etika bekerja seperti kaedah berbicara, menegur, cara berpakaian, adab bergaul, makan dan minum dan teknik berhadapan dengan pelanggan.  Malah menjaga akhlak ketika berada di pejabat merupakan salah satu ciri kesempurnaan iman seorang mukmin.

Amanah Dan Jujur

working women

“Seorang peniaga yang jujur lagi dipercayai, (kelak akan dikumpulkan) bersama para Nabi, Siddiqin dan Syuhada.”

  • Hadis Riwayat Turmudzi

Apatah lagi seorang pekerja.  Hakikatnya, sebarang pekerjaan itu merupakan amanah di mana kita akan dihitung berdasarkan tanggungjawab terhadap kerjaya kita.  Sebagai  contoh aplikasi perbuatan jujur dan amanah dalam bekerja adalah dengan tidak mengambil sesuatu yang bukan haknya (guna wifi ofis untuk layan PM bisnes atau ambil kertas A4 milik pejabat suka hati) dan tidak menyuruh kawan sepejabat selesaikan kerja kita sendiri.

Amalkan 9 Prinsip Syariah

  • Berpakaian rapi dan menutup aurat.
  • Elak pulang lewat terutama buat yang sudah berkahwin.
  • Sederhana dalam bersolek dan elak memakai wangi-wangian bagi wanita.
  • Jaga batasan pergaulan dan perilaku ketika bergaul dengan kawan pejabat yang berlainan jantina.
  • Bertutur kata secara bijak, sopan dan senyum selalu.
  • Berusaha jaga kehormatan diri serta keluarganya ketika di tempat kerja.
  • Tiba di pejabat pada waktu yang tepat.
  • Usah lewatkan solat fardhu.  Azan sahaja, terus bersegera tunaikan solat.
  • Siapkan kerja dengan efisien dan pulang ke rumah dengan gembira.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)