Aktiviti Apa Yang Ibu Mengandung Boleh Lakukan? | Tip Wanita Dot Com

Adakalanya ibu hamil mungkin bingung dan tidak pasti apakah kegiatan yang boleh atau tidak seharusnya dilakukan selama 9 bulan mengandung. Peringkat ini, wanita tentunya perlu lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang aktiviti seharian. Yalah, jika salah lakukan aktiviti, maka keadaan diri dan anak pula berada dalam posisi bahaya.

Namun begitu, ibu yang mengandung mesti ambil kesempatan atau menyisihkan waktu untuk melakukan senaman ringan supaya tubuh dan kandungan tetap sihat serta membantu para ibu kuat ketika melahirkan bayi. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang boleh dibuat oleh para ibu tatkala mengandung dari awal hingga ke saat bersalin :

#1 – Sering Berjalan-jalan Secara Santai

berjalan - jalan

Ibu yang sedang hamil disarankan untuk berjalan-jalan. Tidak kisah sekadar mahu berjalan di depan rumah, di taman atau tepi tasik. Elakkan berjalan terlalu cepat atau tergesa-gesa. Ambil masa dengan berjalan secara tenang dan relaks seolah diri sedang berjalan di tepi pantai. Cara ini mampu hilangkan stress dengan mudah dan pantas. Selain itu, banyakkan lihat pemandangan indah dan menghirup udara segar selepas subuh.

#2 – Berenang

Mungkin ada yang tidak menyangka wanita mengangdung masih lagi dibenarkan untuk berenang. Berenang adalah salah satu aktiviti sukan terbaik dalam mengurangkan tekanan pada punggung dan kaki ibu hamil yang mudah bengkak selain bermanfaat buat seluruh tubuh tanpa buatkan diri rasa cepat penat. Lebih-lebih lagi apabila mandi di kolam air yang merupakan elemen ketenangan.

#3 – Dibenarkan Mengemas Rumah

kemas rumah

Sesetengah ibu risau bila melakukan aktiviti-aktiviti membersihkan rumah seperti memasak, mengemop dan menyapu rumah. Takut akan mempengaruhi dan memberatkan kesihatan kandungan. Sebenarnya boleh saja asalkan suami turut membantu dan pekerjaan tersebut ringan, mudah dibuat, ibu-ibu merasa gembira dan tidak mengalami lelah. Yang penting, ia tidak berlebihan hingga menjejaskan diri dan anak dalam kandungan.

#4 – Bekerja

Bekerja selama masa diri mengandung tidak dilarang sama sekali. Namun sebaiknya 2 perkara ini sepatutnya dihindari ketika bekerja iaitu (a) mengangkat beban yang berat serta (b) berdiri terlalu lama yang menyebabkan tekanan tinggi pada kaki dan punggung. Andai emosi diri tidak stabil, stress, mual dan sebagainya, nyalakan wangian lilin aroma-terapi yang disukai sebelum tidur. Percayalah, diri pasti rasa relaks dan semakin tenang.

#5 – Membeli-belah Di Shopping Kompleks

shopping

Tidak kira muda atau tua, wanita sangat suka shopping walaupun sekadar berjalan-jalan cuti mata dan tidak membeli. Ini saja aktiviti yang mampu buatkan wanita kurang penat walhal diri berjalan jauh. Melalui aktiviti ini, ibu-ibu dapat redakan stress dan hilang penat apabila membeli baju-baju mengandung dan barang-barang kelengkapan bayi selain dapat berjalan santai. Begitu teruja bukan?

#6 – Berjogging Di Taman Pada Waktu Petang

Bagaimana kekalkan kecergasan dengan selamat semasa hamil, inilah jawapannya. Jogging yang kerap bantu ibu mengandung tangani tekanan fizikal dan mental akibat kehamilan dan menyediakan diri untuk proses kelahiran yang memerlukan diri menggunakan segala tenaga yang ada. Semua sakit sepanjang kehamilan seperti sakit belakang, kaki bengkak dan keletihan akan lebih mudah untuk dihadapi.

#7 – Buat Senaman Ringan Khas Untuk Ibu Hamil

Kajian menunjukkan bahawa senaman ringan boleh bantu elakkan ibu-ibu mengandung mengalami masalah seperti praeklampsia atau kencing manis semasa hamil. Senaman hanya 15 minit pada waktu pagi rupanya boleh memperbaiki mood ke arah lebih gembira, buatkan tidur lebih lena pada waktu malam dan mengawal pertambahan berat badan.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)