Amalan Harian Yang Dilakukan Rasulullah S.A.W Untuk Kekal Sihat | Tip Wanita Dot Com

Perasankah kita yang sebenarnya dalam hidup Rasulullah SAW, baginda jarang sekali sakit dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit?  Itu pun Rasulullah SAW mengalami kesakitan sebanyak dua kali sahaja sepanjang riwayatnya.

Iaitu ketika menerima wahyu pertama kerana takut yang teramat sangat disebabkan malaikat Jibril menampakkan dirinya yang sebenar hingga Baginda demam. Yang kedua pula, saat menjelang kewafatan Baginda SAW.

Di sini, terbukti Rasulullah SAW mempunyai jasmani, rohani dan minta yang luar biasa. Sedangkan cuaca di negara Arab adalah sangat panas dan tandus pada masa itu.  Bahkan kita sendiri belum mampu bertahan.  Persoalannya, bagaimana Rasulullah SAW jarang sakit?  Apa amalan kesihatan yang dipraktiskan oleh Baginda?

Rasulullah SAW jarang sekali sakit kerana Baginda mampu mencegah hal-hal yang berpotensi mendatangkan penyakit. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.  Baginda sentiasa sihat walaupun sering menggalas tugas yang berat dan mencabar terutama sebagai ketua Negara, panglima perang dan menyampaikan dakwah.  Berbeza pula dengan keadaan masyarakat negara kita yang menghidap pelbagai penyakit.

#1 – Sering Bangun Sebelum Subuh

wake up subuh

Rasulullah SAW mendirikan solat sunat dan tahajud tatkala orang lain masih enak diselimuti selimut.  Bagi yang lelaki pula, lakukan solat Subuh secara berjemaah di surau atau masjid.  

Apa kaitan hal ini dalam kesihatan diri kita?  Rupanya hikmah yang diberi ialah kita bukan sekadar dapat limpahan pahala, malah waktu sebelum subuh sekitar 3 hingga 5 pagi merupakan masa kesegaran udara yang sangat baik terutama dalam mencegah penyakit tibi dan memperkuatkan akal fikiran.

#2 – Makan Secara Sederhana

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”

  • Muttafaq Alaih

Dalam tubuh kita, kapasiti perut ada tiga ruang : 1/3 untuk udara (pernafasan) , 1/3 untuk air (zat cair) dan 1/3 untuk makanan (zat padat).  Mulakan dengan makan buah-buahan kemudian sedikit nasi bersama lauk dan sayur-sayuran.  Elakkan minum air ketika makan.  

Rasulullah SAW sangat selektif memilih makanan.  Tidak akan ada makanan yang masuk ke mulut Baginda SAW kecuali makanan tersebut memenuhi syarat halal dan thayyiban (baik).

#3 – Minum Madu Setiap Hari

minum mad

Salah satu makanan kegemaran Baginda adalah madu.  Rasulullah SAW biasa minum madu yang dicampur air untuk membersihan air liur dan sistem pencernaan.  Satu tips yang berguna untuk mengacau madu dengan air mesti menggunakan sudu plastik (supaya nutrisi madu kekal), baca selawat 3 kali dan kemudian baru minum.  

#4 – Banyakkan Berpuasa Sunat

Tambahan satu amalan khusus bagi umat Islam dalam mengimbangi kesihatan adalah konsisten berpuasa sunat di luar bulan Ramadhan.  Contoh puasa-puasa sunat yang digalakkan oleh Baginda SAW seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat Nabi Daud dan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal.  

Dengan berpuasa, impaknya ialah tubuh kita mengalami proses detoksifikasi (pembersihan toksin) kerana sifatnya yang menyeluruh dalam meleburkan pelbagai sisa makanan.

#5 – Gemar Berjalan Kaki

jalan pagi pagi

Ini adalah terapi kesihatan paling mudah untuk kita lakukan.  Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.  Apabila berjalan kaki, peluh mengalir keluar, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.  Cara ini dapat mencegah penyakit jantung.  Oleh itu, pastikan kita letakkan kenderaan jauh sedikit ke tempat yang kita mahu tuju.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)