Anda Mungkin Tidak Sangka Ini 4 Akibat Buruk Apabila Beri Air Kosong Kepada Bayi? | Tip Wanita Dot Com

Air merupakan elemen yang amat penting bagi setiap hidupan di muka bumi.   Tubuh manusia sahaja terkandung 70% air.  Bagi orang dewasa, anda mesti minum air minimum sebanyak 1 liter demi kesihatan yang optimum.  Namun berbeza pula dengan bayi yang berumur 6 bulan ke bawah.  Mereka tidak perlukan air sebanyak itu.

Air kosong tidak sepatutnya diberikan kepada bayi walaupun pada cuaca yang sangat panas. Sebaliknya, susu ibu atau susu formula sudah mencukupi untuk mengawal keseimbangan bendalir di dalam tubuh badan bayi.  Terdapat 3 akibat yang akan berlaku kepada bayi jika anda memberikan air kosong sebagai minumannya, iaitu :

1# – Berat Badan Bayi Akan Berkurang

Penting untuk anda ambil perhatian terutamanya jika bayi anda berusia di bawah 5 minggu.  Apabila air diberikan kepada bayi kecil, mereka mudah kenyang, hilang selera untuk minum cecair lain dan kemungkinan tidak mahu menyusu badan yang kaya dengan khasiat.  

Air juga boleh mengganggu penyerapan nutrien susu di dalam usus.  Ini akan menyebabkan bayi kekurangan zat makanan dan boleh menyebabkan berat badan susut.

2# – Demam Kuning Yang Berpanjangan

Ibu-ibu sedia maklum bahawa bayi yang baru lahir mudah terkena demam kuning. Hati yang belum cukup matang tidak dapat membuang bilirubin (sejenis bahan kimia yang terhasil apabila sel darah merah mati diproses) daripada badan dengan cepat.  Bilirubin yang berwarna kuning berkumpul di dalam badan serta menyebabkan kulit dan bebola mata bayi menjadi kekuningan.

plain water 1

Cara yang terbaik untuk membuang bilirubin daripada badan dengan efektif adalah dengan mengaktifkan sistem penghadaman bayi.  Apabila najis dibuang, bilirubin juga akan dibuang bersama.  Sistem penghadaman ini menjadi lebih aktif melalui peyusuan badan yang berterusan.

Masalah yang bakal berlaku sekiranya bayi diberikan air kosong adalah bayi cepat kenyang dan tidak ingin menyusu badan.  Hal ini menyebabkan bilirubin tidak banyak dapat dibuang melalui najis dan seterusnya memanjangkan tempoh demam kuning si bayi anda.

3# – Bayi Mengalami Keadaan Mabuk Air

“Sekiranya air yang diberikan kepada bayi terlalu banyak, ia mudah timbulkan kesan yang lebih membahayakan nyawa.  Bendalir di dalam badan terlalu cair dan menganggu peredaran elektrolit.  

Ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan sawan, koma, kerosakan otak dan kematian bayi,” kata Dr. James P. Keating daripada St. Louis Children’s Hospital Diagnostic Center.

Antara tanda-tanda bayi alami mabuk air ialah perubahan keadaan fizikal dan mental bayi.  Mereka kelihatan mabuk, tidak memberi perhatian dan seolah keliru.  Mereka juga mungkin mengalami kekejangan otot, mual, muntah, kesukaran bernafas dan kelihatan lemah.  Andai  simptom-simptom dinyatakan berlaku, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor.

4# – Merencatkan Akal

Amalan memberikan air kepada bayi boleh merencatkan tumbesaran kerana perutnya yang masih kecil dan belum matang.  Air masak sebenarnya tidak mengandungi apa-apa khasiat buat si bayi.  

plain water 2

Mungkin ada ibu-ibu yang rasa bayi mengalami sembelit.  Namun,  perkara yang anda tak tahu adalah susu ibu sendiri sudah sempurna.   Ia mencair ketika cuaca panas untuk hilangkan dahaga bayi dan memekat ketika cuaca sejuk bagi mengenyangkan bayi.

Pada waktu apakah yang sesuai anda boleh beri minum air kepada bayi kecil?

Anda boleh bagi air kosong kepada anak kecil anda secara berperingkat selepas makanan pepejal disuap kepada mereka.  Lebih-lebih lagi pada umur 6 bulan ke atas. Berikan dalam amaun yang sederhana, sesuai dan selamat sahaja mengikut pengetahuan doktor pakar.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)