Apakah 10 Ciri Yang Menunjukkan Bestnya Pekerjaan Anda? | Tip Wanita Dot Com

Benarkah kunci kecemerlangan dalam organisasi itu adalah keseronokan bekerja? Ia memang ada kebenarannya apabila simbol keseronokan bekerja terhasil daripada sikap yang ditunjukkan oleh para pekerja dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan.  Pastinya apabila melaksanakan tugas harian, ia beri impak terhadap kerja yang berkualiti, peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan yang memuaskan.

Sebab itu dalam pekerjaan, mewujudkan keseronokan dalam kalangan pekerja merupakan perkara yang penting dalam sumber organisasi manusia. Ketika kakitangan atau pekerja seperti kita seronok bekerja, maka pastinya kita sihat mental dan fizikal, miliki air muka yang ceria, kerja lebih produktif, orang senang nak berkawan, aura terserlah dan diri menjadi lebih positif.

Sudah tentu keseronokan bekerja inilah akan jadi nadi dan tonggak kepada kecemerlangan organisasi. Slogan ‘pekerja gembira adalah pekerja yang produktif’ yang diterapkan dalam kerajaan seringkali dikaitkan dengan situasi di mana pekerja suka atau berasa seronok dalam kerjayanya. Antara ciri atau tanda-tanda yang menampakkan seseorang itu seronok dalam pekerjaan atau kerjayanya adalah seperti berikut :

#1 – Riak Muka Terpancar Kegembiraan

Dari raut wajah seseorang pun, kita sudah boleh baca sikap dan emosinya waktu itu. Bayangkan jika kita tak suka dengan kerja yang sekarang, muka pun terserlah stressnya.  Berbanding mereka yang seronok bekerja, pasti riak wajahnya kelihatan ceria dan aktif. Andai air muka kita asyik masam mencuka, itu adalah petanda awal kita perlu bertukar atau kenal pasti kerjaya yang disukai.

 #2 – Bersemangat Datang Awal 15 Minit Ke Tempat Kerja

Jujur kata apabila kita seronok bekerja, kita tidak kisah pun untuk gerak awal dari rumah dan tiba 15 hingga 30 minit sebelum masa sebenar kerja bermula. Malah, kita ternanti-nanti bagi mulakan hari yang baru dengan jenis-jenis kerja atau bidang yang merupakan passion kita.  

#3 – Kerja Dapat Disiapkan Dengan Mudah Dan Segera

Impaknya saat bekerja dengan emosi positif, tak terasa kita ini sedang bekerja. Malah, kerja siap dengan pantas tanpa disedari. Yang paling bagus, kita berjaya selesaikan kerja sebelum due date sebenar dan bersedia untuk kerja yang seterusnya. Bukan bermakna, kita ini adalah seorang yang rajin namun jika dah seronok, tabiat rajin itu pun tercipta dalam diri.

 #4 – Bangga Sungguh Ceritakan Pekerjaan Diri Bila Orang Tanya

Pandangan orang lain, kita mungkin dianggap biasa-biasa saja atau tidaklah hebat mana. Namun ketika ada yang bertanya tentang kerja kita, kita pula yang teruja cerita apakah yang kita buat, tempat kerja di mana dan kelebihan di tempat kerja.

 #5 – Tidak Kisah Buat Kerja Overtime

Bukan mudah sebenarnya untuk kita bekerja lebih masa. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkahwin dan miliki keluarga.  Walaupun dibayar dengan gaji yang lebih tinggi, tetap terselit rasa berat hati. Namun beza pula mereka yang dikatakan workaholic. Kerja itu umpama medan permainan.

 #6 – Mendapat Gelaran Workaholic

Yang nyata, rakan-rakan menggelarkan mereka yang seronok bekerja dengan gelaran ini. Menghayati kerja dan enjoy itulah prinsipnya.

 #7 – Menunjukkan Pernampilan Yang Terbaik Di Tempat Kerja

Biasalah apabila sudah bersemangat, maka kita bersiap sedia memilih pakaian yang kemas dan menunjukkan personaliti yang bagus di tempat kerja.

 #8 – Mudah Tersenyum Dan Orang Mudah Berkawan

Dengan muka yang gembira dan mudah tersenyum saat datang ke tempat kerja, orang pun suka untuk mendekati dan mahu berkawan dengan diri kita. Kita pula menjadi rujukan bagi rakan-rakan sekerja dalam menyelesaikan kerja.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)