Apakah Posisi Tidur Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung? | Tip Wanita Dot Com

posisi tidur ibu hamilPertanyaan yang sering ditanya oleh wanita semasa awal kandungan, “apakah posisi tidur yang bagus untuk dipraktiskan saat mengandung?”

Ada yang menyatakan seorang wanita boleh tidur dengan posisi apa saja. Yang penting nyenyak dan selesa. Namun ada juga pendapat lain bahawa saat mengandung, posisi tidur mesti dititikberatkan supaya tidak berisiko untuk kandungan.

Pada awal usia kehamilan, biasanya kita tidak perlu risau mengenai posisi tidur. Namun saat perut mulai membesar, biasanya si ibu muncul rasa was-was, takut jika tidur kurang betul dan keadaan fizikal perut yang berubah mudah membuatkan diri kita kurang selesa.

Keadaan posisi tidur yang tepat dan tertentu membuatkan bayi yang berada dalam cecair ketuban perut memiliki cukup ruang untuk bergerak dan berkembang. Malah ibu-ibu juga dapat meraih tidur nyenyak yang maksimum.

Seiiring dengan perkembangan kehamilan di mana ukuran perut semakin besar, maka posisi tidur pun menjadi lebih terbatas. Maka, 2 cara ini membantu ibu-ibu merasa selesa dan tenang ketika tidur.

#1 – Posisi Terlentang

tidur terlentang

Posisi terlentang adalah keadaan yang paling aman untuk semua orang termasuk wanita yang sedang hamil. Bagi para wanita yang sedang hamil di peringkat, posisi ini sangat dianjurkan. Namun apabila kandungan sudah berusia 16 minggu, posisi tidur terlentang ini kurang disarankan. Jika kita tidur terlentang, secara automatik beban rahim tertumpu pada bahagian belakang tubuh termasuk usus dan urat saraf. Posisi ini menganggu kesihatan termasuk mengakibatkan sakit pinggang, gangguan pencernaan dan mempengaruhi tekanan darah.

#2 – Posisi Mengiring

tidur mengiring

Bagi ibu yang memiliki perut yang sedang membesar, posisi tidur secara mengiring sangat disarankan. Tidur dalam posisi ini tidak menyebabkan ada bahagian tubuh yang terbeban, terutama keadaan mengiring ke kiri sepanjang kehamilan. Peredaran darah akan berjalan lancar kerana aliran darah Vena Cava Inferior berada di sebelah kanan dan hal ini membantu mengurangkan rasa mual. Si bayi turut mendapat nutrisi yang cukup daripada ibu melalui plasenta ketika tidur.

Tidur dengan posisi ini ke sebelah kiri bagi ibu hamil ternyata mampu mengurangkan bengkak dan membantu ginjal membuang sisa-sisa cairan yang ada di dalam tubuh. Namun ia bukan bermakna ibu-ibu tidak boleh tidur menghadap ke sebelah kanan. Kita boleh mengubah posisi tertentu andai diri tidak berasa selesa dan sukar mahu tidur dalam posisi asal.

Bagaimana pula jika kita terbangun pada malam hari dan baru sedar diri sedang tidur terlentang? Adakah ini berbahaya? Tenang saja dan segeralah ubah posisi tidur yang selesa dan sesuai dengan keinginan diri.

Tips Supaya Ibu Mengandung Mampu Tidur Nyenyak

Walaupun keadaan tidur sudah bagus, masih ada ibu-ibu sukar untuk memejamkan mata dan tidur. Perkara inilah yang membuatkan wanita mengandung kurang berehat. Sedangkan wanita hamil harus mempunyai istirehat tidur yang cukup selama 7 hingga 9 jam supaya sistem kekebalan tubuh tidak terganggu. Lalu bagaimana caranya supaya wanita hamil berjaya tidur dengan mudah, nyenyak dan nyaman?

#1 – Calitkan Perfume Pada Tubuh

Tubuh badan kita akan rasa lebih rileks apabila menghidu bau atau aroma yang wangi. Tambah pula apabila kita minum satu gelas susu sebelum tidur dan memakai pakaian yang longgar supaya bebas bergerak.

#2 – Gunakan Bantal Yang Banyak Disekitar Tempat Tidur

banyak bantal

Pilih jenis bantal yang lembut agar kepala, tangan, kaki dan punggung mendapatkan posisi tidur yang paling selesa. Untuk menjaga posisi tidur yang tetap, letakkan bantal di punggung dan kaki.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)