Atasi Tekanan Perasaan Dengan Mudah Dalam Bekerja Dengan 6 Cara Ini | Tip Wanita Dot Com

Tahukah kita pada dunia moden masa kini, stress merupakan pelengkap hidup?  Ianya tidak dapat dihindarkan.  Ada stress yang mendatangkan impak positif, ada pula stress yang bersifat negatif.  Terpulang kepada diri kita untuk menilai dan menanganinya dengan cara yang terbaik.

Namun menurut pakar, perasaan stress seringkali menjadi musuh dalam selimut kerana  kebanyakan orang sukar kendalikan perasaan ini yang datang secara tiba-tiba.

Terdapat 6 hal yang menyebabkan diri stress di tempat kerja iaitu

a) kurang faham apa tugas yang diberikan,

b) bos yang mempunyai high expectation,

c) ketidakpuasan pelanggan yang sering merungut,

d) kawan pejabat yang sering menganggu,

e) kawasan kerja jauh dari rumah menyebabkan diri alami jem yang teruk dan

f) fasiliti pejabat yang kurang baik.

Malah yang paling teruk, tidak adanya penambahbaikan untuk mengatasi masalah-masalah diatas.

Bayangkan lebih 40 juta orang di Eropah atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja mengatakan mereka mengalami stress di tempat kerja.

Lama-kelamaan tekanan perasaan yang tidak dapat diurus menimbulkan pelbagai penyakit seperti jantung, darah tinggi, gelisah tak menentu, keletihan berpanjangan dan strok.  Umpama sediakan payung ketika keluar rumah dahulu sebelum hujan tiba.

Jadi, bagaimana kita berjaya dapat kurangkan skala stress dalam diri kita dan tanganinya dengan baik?

#1 – Ingat Allah, Hati Tenang

Pastinya dengan mengingati Allah SWT, hati menjadi tenang (Surah Ar-Raad, ayat 28).  Bahkan seluruh anggota badan berasa relaks jauh dari stress.  Berzikir dengan sebanyak-banyaknya ketika diri mengalami tekanan yang tinggi dan boleh diamalkan sepanjang diri aktif melakukan sebarang pekerjaan.

#2 – Baca 2 Ayat Al Quran Ini

1 baca quran

Kita biasa dengar ayat Al-Quran yang mempunyai maksud “Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan.  Bersama kesulitan, ada kemudahan.” (Sural Al-Insyirah, ayat 5-6). Apa kata kita tampal ayat ini di meja pejabat?  Bayangkan dengan hanya membaca 2 ayat ini saja, paras stress mudah turun disebabkan inspirasi ayat Quran yang menyatakan Allah SWT yang pasti memberi kemudahan.

#3 – Rehat 10 Minit Untuk Kerja 1 Jam

Rehatkan diri selama 10 minit selepas bekerja selama 1 jam.  Ambil nafas sedalam-dalamnya dan elak lakukan perkara lain.  Jika ada yang kerap bekerja depan komputer atau laptop, mata sepatutnya rehat sebentar dan beralih fokus dari screen setiap 20 minit.

#4 – Banyak Minum Air Putih

2 drink water

Banyakkan minum air putih terutama ketika diambang kemarahan. Air putih dapat bantu diri kembali normal dan berfikir secara waras. Rasulullah SAW menggalakkan kita berwuduk atau menyejukkan badan jika sedang marah (HR Muslim).

#5 – Belajar Bersabar

Andai stress begitu sukar sekali diselesaikan, maka bersabar itu lebih indah. “Dan hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan.” (Surah Yusuf, ayat 18).  Diperkuat lagi dengan ayat Al-Quran “ Dan carilah pertolongan dengan berlaku sabar dan kerjakan solat (Srah Al-Baqarah, ayat 45).  Sabar adalah antara penawar terbaik dalam stress.

#6 – Belajar Jadi Orang Positif

Belajar menjadi seorang yang positif iaitu dengan optimis dan yakin bahawa setiap perkara boleh ditangani dengan mudah.  Setiap cabaran yang terjadi, pasti ada solusinya.  Cuma diri kita saja belum tahu bagaimana.

#7 – Nikmati Ujian Dari Allah

Nikmati stress itu. Katakan pada diri saat alami stress, “oh inilah perasaannya bila stress. Terima kasih Allah kerana kurniakan rasa stress ini dan dengannya, diri aku pasti jadi lebih baik selepas berjaya melepasi ujian stress ini.”  Kemudian senyum.

#8 – Baca Bacaan Lawak

3 baca buku

Tingkatkan rasa humor dan gembira.  Bacalah dan tonton rancangan lawak yang bermanfaat selama 5 minit setiap hari.

#9 – Berpuasa Sunat

Amalan Rasulullah SAW dalam mencari kesegaran dan hilangkan stress adalah dengan berpuasa.  Maka, mudahkan diri untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)