Bagaimana Membentuk Anak Mithali Mengikut Prinsip Rasulullah SAW | Tip Wanita Dot Com

Jujur, mengasuh anak bukan mudah sebenarnya. Ianya perlukan pengorbanan tenaga, masa, wang ringgit, ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi kita sebagai muslim, kita sudah miliki seseorang yang boleh diumpakan sebagai ensiklopedia penyuluh buat umat manusia iaitu Nabi Muhammad SAW. 

Kebanyakan ibu bapa berada dalam keadaan dilema kerana setiap usaha yang mereka lakukan untuk didik anak-anak umpama mencurah air di daun keladi. Terutama apabila mempunyai anak-anak yang nakal, tak dengar kata, malas dan sebagainya. Seolah pelbagai cara sudah dilakukan namun tiada pun perubahan positif pada tingkah laku mereka. Tertanya-tanya di manakah silapnya.  Apa lagi yang masih kita boleh lakukan?

 Apa yang terbaik adalah berbalik semula kepada fitrah dan sunnah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Berikut merupakan 4 tahap untuk bentuk anak ikut Rasulullah SAW :

 #1 – Tahap Umur 0 Hingga 6 Tahun

0-6

Peringkat ini merupakan peringkat di mana anak-anak dimanjakan, dikasihi dan disayangi dengan kasih sayang dan cinta yang menyeluruh. Mereka dilayan seperti raja. Namun ia tidak bermaksud setiap permintaan mereka itu dipenuhi melainkan kita tahu ia bermanfaat untuk diri mereka seperti belikan barang mainan.  

Andai mereka lakukan kesalahan, mereka tidak dimarahi atau dirotan sebaliknya ditunjukkan cara yang betul.  Berikan mereka sayang yang tidak terbatas dan bersikap adil terhadap anak-anak. Impaknya, anak-anak lebih dekat dengan kita dan merasai kita sebagai rujukan yang terbaik di saat mereka membesar.

 #2 – Tahap  Umur 7 Hingga 14 Tahun

7

Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

 Kita mula tanamkan nilai, akhlak, disiplin, tunaikan solat dan tangungjawab kepada anak-anak ketika ini. Pastinya, anak-anak lebih amanah dan bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam perbuatan dirikan solat. Waktu inilah merupakan masa kita programkan minda, sahsiah, akhlak dan jiwa mereka ikut acuan Islam sebagai seorang mukmin.

#3 – Tahap Umur 15 Hingga 21 Tahun

remaja

Kita sendiri tahu inilah fasa remaja yang penuh dengan sikap memberontak. Sebaiknya ibu bapa dekati anak-anak dengan menjadi kawan mereka. Banyakkan mendengar dan berborak dengan mereka tentang apa jua perkara. Bagi anak perempuan, berkongsilah tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka. Andai miliki anak lelaki, bicaralah tentang air mani.

Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan herdik atau marah mereka dihadapan adik-beradik yang lain. Gunakan kaedah diplomasi. Mereka pun bakal rasa seronok kerana ibu ayah memahami dan mempercayai diri mereka.

#4 – Tahap Umur 21 Tahun Dan Ke Atas

bertunang

Tiba masa ibu bapa berikan kepercayaan penuh kepada anak-anak dengan beri kebebasan dalam buat keputusan mereka sendiri. Tugas kita hanya perlu pantau, nasihat dan iringi doa agar setiap langkah perjalanan hidup yang diambil adalah betul. Tenang saja kerana dengan disiplin dan ajaran yang sudah diterapkan pasti cukup sebagai banteng diri untuk mulakan pengembaraan kehidupan sebenar di luar rumah.

 Serahkan mereka dalam jagaan Allah SWT.  Kita jangan pula letih menasihati mereka kerana ikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu bentuk sikap yang baik seperti ibu bapa inginkan.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)