Bagaimana Wanita Bekerja Mampu Urus Rumah Dengan Baik Tanpa Pembantu Rumah? | Tip Wanita Dot Com

Memandangkan kos untuk ambil orang gaji makin tinggi, sesetengah dari kita lebih selesa untuk tidak ambil orang gaji dan hanya hantar anak-anak kepada pengasuh ikut waktu bekerja.

Namun bagaimana cara yang terbaik untuk urus rumah jika kita tiada pembantu rumah? Balik kerja pun sudah penat, ditambah lagi dengan kerja-kerja rumah seperti memasak, menyusu anak dan basuh baju.

Takkan mahu makan luar saja selalu ketika diri memang penat. Akan datang bila anak semakin bertambah, banyak pula perkara yang kita perlu urus dan aturkan. Maka, apa kata kita amalkan tips-tips di bawah :

#1 – Sediakan Stok Bahan Masak Untuk Menu Makan Selama Seminggu

makan malam

Pada hujung minggu, ambil masa untuk tulis menu sarapan dan makan malam untuk 7 hari. Kemudian tampal di pintu peti ais. Sediakan siap-siap bahan untuk memasak dan simpan dalam peti sejuk. Minta saja anak-anak dan suami bantu di dapur untuk potong sayur, kisarkan bahan-bahan asas seperti cili, kupas bawang serta siang ikan dan ayam.

Jika kita nak sediakan stok makanan untuk 7 hari, simpanlah ke dalam 7 bekas berlainan warna. Letakkan label hari pada bekas. Mudah untuk kita kenalpasti dan keluarkan terus stok makanan ikut menu yang ditetapkan.

#2 – Basuh, Sidai Dan Lipat Pakaian Setelah Kering Setiap Hari

Elakkan tunggu sampai penuh 1 bakul atau longgokan yang tinggi. Biarlah sedikit demi sedikit setiap hari. Jika ada ruang tambahan untuk sidai pakaian di tempat terlindung, manfaatkan ia. Jadi faktor cuaca hujan bukan lagi 1 masalah. Baju-baju yang dah kering, ambil dan lipat terus. Pastikan kita tak berlengah.

Ehem, nak lebih mudah lagi : Banyakkan pakaian yang disangkut menggunakan penyangkut baju di dalam almari. Selesai sudah masalah untuk mereka yang malas lipat baju.

#3 – Serahkan Tugas Pada Suami Atau Anak-Anak Kecil Untuk Cuci Pinggan

basuh pinggan

Kita sudah lakukan tugas memasak, mintalah bantuan keluarga pula untuk cuci pinggan mangkuk semasa memasak dan selepas makan. Sementara kita sedang memasak, panggil suami bersihkan kawasan singki dan basuhkan semua pinggan mangkuk yang kita dah gunakan. Elak dilonggokkan sahaja. Lepas makan nanti, mudah kerana mereka hanya cuci pinggan mangkuk yang sedikit.

#4 – Kemas, Sapu Dan Mop Rumah Hanya 2 Kali Dalam Seminggu

Kerja-kerja rumah yang berat ini lakukan sekali saja ketika hujung minggu. Yang kali kedua pula, kemas rumah sebelum tidur. Pastikan rumah tersusun kemas, sapu apa yang patut dan barang berada pada tempatnya namun tidak perlu sampai mengemop bagai. Ajar anak-anak letak semula baran-barang yang digunakan pada tempatnya.

Misalnya, latih mereka simpan barang mainan dalam kotak khas selepas habis main. Bantal disusun elok pada sofa sebelum masuk bilik. Gelas atau pinggan mangkun perlu diletakkan di tempatnya setelah selesai basuh. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan di dapur. Elak tinggalkan merata-rata. Bangun pagi, kita pun senang hati.

#5 – Gosok Pakaian Kerja Dan Baju Sekolah Anak-anak Untuk Seminggu

gosok baju

Ini adalah satu lagi perkara yang penting kerana perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Kebanyakan orang peruntukkan 1 jam setiap hujung minggu untuk gosok pakaian semua ahli keluarga selama 7 hari. Gosok awal-awal dan gantung di ruangan khas yang tidak menyebabkan baju berkedut.

#6 – Be Minimalist Dalam Gunakan Perabot Bagi Hiasan Dalaman Rumah

Mata perempuan ni memang rambang mata. Nak beli hiasan rumah itulah, inilah. Walhal nanti tidak digunakan. Be simple and minimalist. Kurangkan beli atur hiasan rumah yang tak digunapakai. Dapatkan hanya yang perlu saja. Tips yang berguna : pilih perabot yang mesra kanak-kanak. Mudah nak bersihkan jika tertumpah air oleh anak-anak yang masih kecil.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)