Berapa Banyak Susu Ibu Bayi Baru Lahir Perlu Minum? | Tip Wanita Dot Com

Keresahan buat mereka yang pertama kali bergelar ibu adalah sebanyak mana kuantiti susu yang cukup buat si bayi baru lahir. Berapa selang jam perlu disusukan?

Bagaimana kita dapat sahkan susu badan yang diberi itu memadai untuk anak? Apa tanda-tanda yang menunjukkan bayi kita sudah kenyang? Jika mahu mengepam susu, berapa jumlah yang sesuai?

menyusu bayi 2

Andai hal di atas merupakan persoalan yang sering bermain dalam fikiran, berikut antara panduan yang boleh dijadikan pengukur kepada hal-hal di atas.

Sebesar Manakah Saiz Perut Bayi Baru Lahir?

Tahukah kita perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar sebiji guli? Selepas 3 hari, perut bayi mula membesar seperti bola pingpong sahaja. Kemudian setelah 2 minggu, perut bayi menjadi sebesar telur ayam.

Oleh itu, kita tidak perlu risau tentang susu badan yang tak cukup. Peringkat awal penyusuan susu ibu adalah sangat mencukupi walaupun air susu yang dihasilkan sedikit.

Berapa Banyak Kuantiti Susu Yang Cukup Buat Si Kecil?

Jumlah susu bayi yang diperlukan sebenarnya bergantung pada bayi sendiri kerana setiap bayi tidak sama seleranya. Kita akan dapati bahawa bayi hanya minum sedikit susu pada hari pertama, kemudian bertambah dari hari ke hari seterusnya.bayi gembira selepas hisap susu

Kita boleh peroleh idea kasar sebanyak mana susu yang diperlukan oleh bayi dari jadual yang menggunakan angka purata ini :

Hari 1 (0 ke 24 jam) = 7ml.
Hari 2 (24 ke 48 jam) = 14ml.
Hari 3 (48 ke 72 jam) = 38ml.
Hari 4 (72 ke 96 jam) = 58ml.
Hari 5 (96 ke 120 jam) = 68ml.
Hari seterusnya melebihi 68ml.

Bagaimana Nak Tahu Bayi Sudah Dapat Susu Yang Cukup?

#1 – Melalui Hisapan Bayi

Saat bayi berhenti sekejap setiap kali menghisap susu, tu beerti dia dapat susu yang banyak dan sedang menelan susu itu. Dalam beberapa minit, bayi akan berhenti menghisap susu dan menolak puting. Jadi, kita boleh tahu dia sudah kenyang.

#2 – Bayi Kerap Menukar Lampin Disebabkan Buang Air Besar

diaper baby

Biarkan bayi menyusu dengan sepuas-puasnya. Untuk permulaan, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit. Pada hari ketiga, najis akan lebih cair dan kekuningan. Bayi yang berusia bawah 6 minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2 hingga 7 kali dalam tempoh 24 jam. Kadang-kadang bayi yang tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, itu tanda terkena sembelit.

#3 – Bayi Kelihatan Sihat Dan Riang

Selepas dua minggu lahir dan menyusu badan dengan baik, berat badan bayi seharusnya naik. Kulitnya nampak sihat dan berseri-seri, ototnya berisi, cerdas, aktif, ceria, riang dan tidur lena. Ini merupakan tanda-tanda normal untuk bayi yang sering kenyang minum susu melalui cara breastfeed.

Sudah tentu jika kita menyusu badan, kita sukar nak meneka dan mengetahui berapa banyak susu yang dihisap oleh bayi.

Namun secara ringkas, tips untuk kita tahu bahawa anak kita berjaya menyusu dengan cukup dan sempurna ialah rasa putting susu semakin lembut semasa penyusuan, kita mendengar bayi menelan perlahan, bayi tinggalkan dari payudara dengan sendiri, bayi kelihatan tenang selepas menyusu, najisnya berwarna kekuningan dan bayi membasahkan lampin dalam beberapa jam.

bayi gembira selepas hisap susu

Tenang saja jika bayi tidak menghabiskan banyak masa ketika menyusu. Sesetengah bayi boleh mendapat semua susu yang diperlukannya dalam beberapa minit saja.

Ada pula yang lain ambil masa lebih. Asalkan bayi melekap dengan betul, dia pasti mendapat susu yang kaya lemak di penghujung setiap penyusuan.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)