Berapa Kalikah Anda Minta Maaf Pada Anak Apabila Bersalah? | Tip Wanita Dot Com

Setiap manusia tidak terlepas dalam melakukan kesalahan dalam hidupnya.  Termasuklah kesilapan ibu bapa terhadap anak walaupun mereka masih kecil. 

Antaranya ialah ketidakfahaman, salah maksud dalam komunikasi, kurang percaya dengan kebolehan anak, terlalu sibuk dengan pekerjaan atau memaksa anak untuk memenuhi kehendak sendiri.

Semestinya anda sebagai ibu akan mengajar anak untuk meminta maaf jika terbuat kesalahan dengan sesiapa pun.  Namun perasankah anda berapa kali dalam hidup anda meminta maaf kepada si anak bila anda sendiri yang sememangnya bersalah dalam beberapa perkara?

Kata orang tua-tua, ketika anda buang ego dan bersikap tidak pernah malu mengucapkan maaf pada anak-anak, mereka akan mudah lembut hati mendengar cakap anda. 

Ya, meminta maaf kepada anak kelihatan senang untuk dilakukan.  Hakikatnya, ia adalah perkara yang sangat sukar dan dianggap remeh oleh kebanyakan ibu bapa.

Ada 2 impak buruk jika ibu gagal atau terlampau malu dan ego untuk tidak minta maaf kepada anak walaupun ada masanya, si ibu turut bersalah.  Iaitu :

#1 – Anak Tidak Percaya Anda

Misalnya jika anak-anak ghairah bercerita itu ini kepada anda dan anda menunjukkan perbuatan tidak ambil berat, lihatlah akan datang.  Anda pula tidak memohon ampun disebabkan rasa hal tersebut kecil sahaja.

anak sukar dikawal

Maka, anak-anak bakal sukar mahu percaya kepada anda.  Bahkan jika anak-anak mahu bercerita sekali pun, mereka akan mencari orang yang sanggup dengar.  Jangan pula anda melempiaskan marah kepada mereka apabila mereka tidak mahu mendengar perintah anda.

#2 – Kesukaran Kawal Diri Anak-anak

Lebih dari itu, anda bakal menghadapi kesulitan dalam mengendalikan diri dan emosi mereka.  Anak-anak kerap berasa sedih, tersisih dan tersinggung sehingga mereka akan merasakan diri tidak diperhatikan dan tidak dihargai perasaannya.

Mereka menyangkal dan menolak saat anda menyuruh mereka membantu selesaikan kerja-kerja rumah atau menyiapkan kerja sekolah mereka sendiri.  Besar kemungkinan, jika hal ini berterusan tidak mustahil anak-anak cepat memberontak.

anak sukar dikawal

Serius, anda tak perlu bimbang atau dikatakan hilang wibawa sebagai seorang ibu saat meminta maaf kepada si kecil.  Malah, anda lebih dihormati dan diraikan sebagai watak utama dalam hidup mereka.  Pembelajaran berharga ini membuatkan hidup lebih baik.  Maafkan dan lupakan kesalahan.

Justeru, meminta maaf sangat memberi pengaruh yang positif dalam perkembangan mereka.  Anda meminta maaf bukan menunjukkan anda lemah namun ia lebih kepada lambang kekuatan, tanda menghormati orang lain dan mengatasi rasa sakit hati.

Jika anda mahu anak-anak beradab dan minta maaf apabila membuat salah, anda yang perlu melakukannya terlebih dahulu.  Anak-anak meniru bukan melalui apa yang anda kata.  Mereka meniru perbuatan dan sikap yang anda tonjolkan di hadapan mereka.

Saat mereka lihat ibu yang mereka sayangi meminta maaf dengan segala ketulusan secara kerap, saksikanlah apa yang berlaku dalam perhubungan anak-anak dan diri anda selepas itu.  Jika anda tidak pernah meminta maaf, lebih baik mulakan sekarang.

  

Contohnya adalah “Mama minta maaf ya.  Mama terlebih marah <nama anak>.  Mama letih sebab banyak sangat kerja yang mama kena buat.  <Nama anak> maafkan mama ya?”

Terangkan kepada mereka kenapa anda melakukan kesalahan tersebut tanpa sengaja.  Sambil bercakap dengan mereka, usaplah kepala mereka.  Pastikan apabila anda bercakap, paras mata anda sama dengan paras mata anak-anak.

Usah percaya dengan artikel ini.  Buat saja ;).

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)