Berkatkah 12 Jam Kerja Kita? | Tip Wanita Dot Com

Ustaz Pahrol Mohd Juoi pernah berkongsi dalam program Islam Itu Indah di radio Ikim.fm tentang berkat.  Apakah makna sebenar perkataan berkat terutama dalam pekerjaan?  Bagaimana untuk kita fahami dan menguasai keberkatan tersebut?  

Kerana kebanyakan kita merupakan majoriti yang memperuntukkan 12 jam iaitu hampir separuh hari dengan pekerjaan. Keberkatan inilah yang menjadi asas dalam menghidupkan kehidupan dengan iman dan taqwa.

 Sesetengah orang kurang ambil peduli dengan isu keberkatan rezeki ini. Pandangan mereka, hal kecil sahaja, tidak perlu dibesar-besarkan pun.

Hakikatnya, rezeki yang berkat mempunyai kaitan langsung antara kualiti kehidupan, hubungan rumahtangga, kejayaan anak-anak dan segala aspek kehidupan. Bayangkan rezeki pendapatan bekerja itulah yang akan dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan kepada keluarga dan memenuhi keperluan hidup.

Andai pendapatan dari kerja itu tidak berkat, agak-agak apakah yang bakal terjadi? 

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.  

Surah Al-A’raaf, ayat 96

 Bagaimana Peroleh Keberkatan Dalam Rezeki?

#1 – Letakkan Iman Dan Taqwa Yang Pertama

Iman adalah sesuatu yang dinyatakan dengan lisan, diakui kebenaran dengan hati dan dibuktikan dengan perbuatan. Manakala taqwa pula bermaksud berhati-hati dan berjaga-jaga dalam hidup agar sentiasa diatur dan disusun mengikut peraturan daripada Allah SWT. Kedua-dua iman dan taqwa ini datangnya dari hati sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Taqwa itu letaknya di sini,” sambil meletakkan tangan di dada.

 #2 – Niat Kerana Allah

Untuk lunaskan pekerjaan dengan iman dan taqwa dalam meraih keberkatan perlu dimulakan dengan niat. “Sahaja aku bekerja mencari rezeki kerana Allah SWT sebagai sumber rezeki untuk biayai perbelanjaan keluarga dan beri kebaikan.” Rasulullah turut menegaskan dalam sabdanya, “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.”

Riwayat Dailami.

 “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu”.

Surah al-Baqarah ayat 172

 #3 – Melakukan Tugas Pekerjaan Dengan Sebaiknya

Penting untuk kita hindari perkara-perkara yang haram seperti curi masa, curi tulang, mengumpat, buang masa dan banyak lagi. Lakukan kerja dengan penuh kesungguhan, efektif, efisyen dan penuh etika.

 Apakah Tanda Pekerjaan Yang Kita Buat Ini Berkat?

#1 – Hati makin dekat dengan Allah. Solat lima waktu turut terjaga ditambah dengan amalan-amalan sunat yang lain.  Sebagai contoh, sering berzikir, mengingati Allah,  suka baca dan berusaha belajar, faham serta menghayati isi Al-Quran.

 #2 – Miliki sifat pemurah. Andai kita faham tentang erti rezeki yang sebenarnya, kita pasti segera tunaikan ibadat zakat dan sering bersedekah kepada orang yang memerlukan.

 #3 – Menjauhi perbuatan maksiat serta kita terselamat daripada kejahatan manusia dan bala.

Rezeki yang berkat mampu menghindari bala datang hampir kepada kita kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki.

 #4 – Miliki keluarga yang bahagia dan anak-anak yang mudah mendengar kata. Rezeki yang berkat pasti dapat dilihat menerusi keadaan keluarga yang taat kepada Allah SWT kerana aliran wang yang dibelanja untuk makanan itu halal dan baik. Maka, anak-anak pun mudah dibentuk menjadi soleh dan solehah.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)