Cara Mudah ‘Natural Make Up’ 5 Minit Sebelum Keluar Kerja | Tip Wanita Dot Com

Perkara pertama yang terfikir sebaik saja bangun pagi dari tidur bagi wanita adalah “aku kena pantas bersiap, gosok baju suami, siapkan sarapan, sediakan bekal anak untuk sekolah dan mesti kena keluar awal pagi.”

Waktu yang dikira genting buat mereka yang bekerja dan mempunyai keluarga. Sibuk mana pun kita, pasti terdetik dan tetap nak jaga penampilan walaupun kelihatan simple.

Islam turut memiliki tuntutan untuk berhias. Dalam kitab Shahih Bukhari disebutkan sebuah hadis sahih daripada Ibnu Mas’ud radhiyallhu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan.”

neelofa

 

Rasulullah SAW telah mengkategorikan keadaan dan pakaian yang tak bagus sebagai suatu hal yang buruk. Islam mengajar umatnya selalu berpenampilan bagus, rapi, bersih dan tidak berlebih-lebihan.

Kerana itu, sudah sedia maklum fitrah wanita memang cenderung kepada kecantikan. Sanggup saja leburkan wang membeli produk di pasaran semata-mata untuk nampak jelita.

Maka, 3 langkah mudah berikut bakal menunjukkan kepada kita bagaimana tampil berhias dengan cepat, natural dan simple namun bergaya serta yang paling penting, make up atau cara berhias menurut Islam ke tempat kerja.

Langkah Pertama : Cuci Wajah

Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan air. Nak jimat masa, lakukannya ketika masih berada di dalam toilet selepas mandi. Lagi mudah apabila kita terus ambil wuduk. Anggap saja wuduk itu sama seperti mencuci wajah.

Langkah Kedua : Pakai Foundation (Bedak Asas)

watsons malaysia

Kemudian lepas wuduk dan solat, sila pakai bedak asas iaitu foundation cream. Yang terkini kita boleh dapatkan di Watsons atau Guardian, foundation cream dikenali sebagai BB Cream atau CC Cream. Pakai tona foundation yang hampir sama dengan tona kulit kita. Fungsi foundation bukannya nak mencerahkan kulit. Ia lebih kepada melindungi kulit daripada persekitaran luar seperti kena aircond atau cuaca panas. Jika kulit berminyak, pakai yang jenis diperbuat daripada air. Jika kulit kering, pakai yang berbentuk cream.

Langkah Ketiga : Sapu Compact Powder

Pakai bedak compact secara rata di seluruh kawasan muka sebagai lapisan kedua make up. Ia bantu tutup kecelaan pada wajah yang layu.

Langkah Keempat : Hias Bibir Dengan Lip Balm Atau Lipstick

Langkah yang terakhir adalah tampilkan kesegaran pada muka dengan aplikasikan lip balm atau lipstick. Andai mahu yang jenis lembap, silakan pakai lip balm bagi mengelak kulit kering. Andai mahu yang kering, boleh gunakan lipstick. beri warna segar kepada wajah anda dengan mengaplikasikan pemerah pipi dan juga lipstick. Seelokannya elakkan memakai warna-warna yang terlampau terang seperti merah darah atau ungu. Gunakan yang lembut seperti pink cherry, strawberry atau peach.

lip balm

Kita sebagai wanita dibolehkan menghiasi diri secara sederhana dan baiki penampilan ke arah yang lebih baik. Tiada masalah jika kita mahu memakai pakaian sutera, perhiasan emas, mutiara dan pelbagai jenis batu permata, tidak berlebihan serta menggunakan produk kosmetik semulajadi.

Antara tips baru yang boleh kita amalkan :

  1. Tanamkan yakin bahawa berhias termasuk dalam ibadah yang mendapat pahala selagi tiada produk make up yang dipakai untuk maksiat.
  2. Niat bermake up untuk kebaikan semata, menambah kepercayaan dan keyakinan diri.
  3. Mulakan praktis adab berhias secara patuh syariah sekarang agar terbiasa berhias untuk ibadah dan kebaikan.

Sebagai tambahan, boleh rujuk video tutorial make up ringkas 3 minit saja di bawah ini.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)