Didik Anak Ikut Zamannya. Adakah Anda Didik Mereka Seperti 8 Cara Ini? | Tip Wanita Dot Com

Kata Saidina Umar, “didiklah anak itu mengikut zamannya.” Ya, memang tidak dinafikan zaman kini tidak dapat disamakan dengan zaman dahulu kala.  Malah, segala-galanya ternyata berbeza termasuk cara didikan moden kepada anak dan sudut parenting. Bagaimana hari ni kita berjaya didik anak yang bermula umur 0 hingga dia berusia 3 tahun?

#1 – Elakkan Mereka Aktif Dengan Gadget

gajet kanak-kanak

Disebabkan anak-anak kini lahir pada zaman teknologi canggih seperti Iphone, tablet dan Ipad, pastikan mereka kurang bermain game dengan gadget. Yang selalu perasan memang anak-anak akan senyap ketika suasana makan atau shopping di luar dengan beri gadget, namun ia sangat tidak membantu perkembangan saraf dan sel-sel otak anak.

#2 – Biasakan Anak Dengan Bermain

Anak-anak kecil memang sifatnya suka bermain dan aktif.  Maka, biasakan mereka bermain dan menyentuh dengan rasai texture pasir, buih, rumput, plastesin, mainan dan lain-lain.  Dedahkan mereka bermain di pantai atau kawasan rumput yang lapang. Mengapa? Untuk merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

#3 – Banyakkan Bantu Gerakkan 5 Deria Anak

Caranya melalui bawa mereka keluar rumah dengan lihat alam sekeliling atau ala-ala berkelah. Tunjukkan pada anak apa itu langit, awan, bunga, haiwan dan kenderaan. Andai mahu buat di dalam rumah pun boleh. Bagi mereka hidu sesuatu, main flash kad, rasa makanan dan dengar bunyi muzik yang baik. Dengan itu, neuron-neuron otak pun berkembang.

#4 – Layani Kerenah Mereka Dengan Menonton Kartun Bersama

kanak-kanak tonton kartun

Sekali-sekala layan celoteh anak-anak dengan tengok kartun yang popular di TV. Sebagai contoh, Boboiboy dan Upin Ipin. Semasa tonton, sentiasalah berkomunikasi dengan anak-anak. Saat anak-anak suka tengok screen, matanya tertumpu pada satu tahap dan tiada pergerakan. Kesannya, kurang eyes nerves stimulation (pergerakan rolling mata) yang menyebabkan pandangan anak tu tidak luas dan kreatif.  Sebab itu perlu ada interaksi.

#5 – Galakkan Bayi Merangkak Dengan Pantas

Menurut doktor pakar kanak-kanak, pergerakan merangkak sangat bagus buat si bayi kerana

melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, dari kepala hingga ke hujung kaki.  Tambahan pula ada kajian yang menunjukkan bayi yang alami fasa merangkak yang lama dikatakan lebih genius dan miliki fikiran kreatif berbanding babi yang merangkak sebentar atau tidak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

#6 – Asah Skill Kebolehan VAK Anak

VAK ini apa pulak?  V bermaksud visual (mata), A ialah auditori (telinga) dan K merupakan kinestatik (perasaan). Anak-anak ini umpama span. Mampu ikut atau tiru apa sahaja perkara yang dilihat, didengar dan dirasai melalui suasana sekeliling. Setiap anak miliki kecenderungan VAK yang berbeza. Kenal pasti mereka dominan karakter mana. Misalnya ada yang dominan visual sahaja. Maka cara didik dan berkomunikasi dengan mereka pun mestilah gunakan kaedah yang melibatkan gambar, pandangan dan tonton TV.

 #7 – Belikan Anak Concept Toys

Sebagai contoh flash cards atau puzzle, ABC 123 blocks, lego, binatang, kereta mainan, permainan warna dan mainan lain yang realitistik.  Berbanding dengan mainan superheroes, monsters, ultraman atau karakter kartun seperti Barbie doll, ia tidak digalakkan langsung kerana tidak membantu perkembangan dunia realiti.  Melalui concept toys, anak-anak dapat bermain sambil belajar perkara baru. 

#8 – Ajar Anak Bercakap Bermula Dengan Perkataan Dulu

cuba belajar bercakap

Bersama dengan anak-anak, kita sebagai ibu bapa perlu rendahkan tahap berkomunikasi. Ajarkan mereka perkataan, elakkan ayat. Cara mudah nak faham, misalnya kita bacakan buku kisah binatang untuk anak, kita tunjuk atau kata “harimau.” Bila dia dah faham kata nama, boleh pula ajarkan gabungan perkataan seperti harimau besar.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)