Gigi Kuning? Amalkan 3 Petua Orang Lama Yang Mudah Dan Selamat | Tip Wanita Dot Com

Zaman kini, kebanyakan orang yang miliki wang sanggup belanja lebih hanya nak dapatkan gigi yang putih semata.  Paling minimum kos yang perlu dikeluarkan adalah RM300.  Dalam fikiran gigi putih itu adalah menawan, memikat dan cantik.  Siapa yang tak teringin bukan?  Namun untuk dapatkan rawatan pemutihan gigi, pastinya kita perlu berdisiplin jaga gigi dengan baik.  

gigi putih

Biasanya selepas rawatan di klinik, doktor gigi tidak akan benarkan kita minum kopi atau sebarang minuman yang berwarna untuk mengelakkan gigi kita terkena pewarna dan jadi kuning kembali.  Andai mahu minum pun, harus pakai straw.  Kemudian datang kembali buat rawatan susulan gigi. Yang seronoknya, cara ini berkesan cerahkan warna gigi tanpa mengorbankan mana-mana permukaan gigi yang asal.

Sesetengah orang mungkin persoalkan bagaimana gigi boleh menjadi kuning.  Maka, artikel ini bakal kemukakan faktor mengapa gigi kuning dan cara penyelesaiannya melalui petua orang lama yang lebih mudah serta selamat.

 4 Faktor Mengapa Gigi Jadi Kuning

1# – Penuaan

Bagi orang tua-tua atau mereka yang mula meningkat umurnya kepada 35-an ke atas, gigi tidak lagi putih berlaku disebabkan proses semulajadi manusia. Semua orang pasti akan tua termasuklah semua anggota badan kita seperti kulit wajah, jari jemari dan gigi. Antara tanda gigi makin menua adalah melalui warnanya yang makin luntur.

 2# – Merokok

hisap rokok

Bukan setakat lelaki je yang merokok, wanita pun ada.  Dikatakan rokok sebagai penenang dan pelepas stress.  Walhal ia memburukkan lagi keadaan kesihatan diri.  Kita sendiri boleh lihat dengan mudah bibir perokok lagi gelap berbanding dengan mereka yang tidak merokok.  Begitu jugalah kesannya kepada gigi.

 3# – Malas jaga gigi.  

Sesetengah kes masalah gigi berlaku atas dasar gigi sememangnya tidak dijaga dengan baik.  Terutama ambil endah tidak menggosok gigi sebelum tidur.  Sedangkan persekitaran gigi dalam mulut sudah penuh dengan pembiakan bakteria dari makanan yang kita makan selama 24 jam. Hal ini yang memudarkan warna gigi.

 4# – Minuman yang lazat namun mampu beri kesan terhadap warna gigi.  

drink carbonate

Mahu tidak mahu, kita kena kurangkan 8 iaitu teh hitam (lebih selamat amalkan teh hijau), minuman air yang bergas, kopi, gula-gula, jus buah yang berwarna gelap seperti anggur dan cranberry dan kicap.  Mahu minum tiada masalah, namun pastikan kita minum air putih selepas itu.

Dah tahu faktor, bagaimana dapat putihkan gigi semula?  Andai mahu cara moden yang berkos tinggi dan berbaloi, terdapat 2 kaedah yang digunakan iaitu pelunturan (bleaching) dan rawatan laser.  Namun jika inginkan cara tradisional yang boleh dibuat dari rumah (ambil sedikit masa untuk dapat hasil), ikuti petua orang lama di bawah.

 3 Petua Orang Lama Putihkan Gigi Dengan Mudah Dan Selamat Secara Semulajadi

1# – Gunakan kulit limau yang mampu hilangkan warna gigi kuning tanpa rosakkan lapisan enamel gigi. Caranya : sediakan kulit limau yang masih segar dan gosokkan pada gigi.

 2# – Baking soda memang sudah terkenal sebagai alat pemutih gigi yang efektif.  Namun penggunaan baking soda mesti dikawal memandangkan sifatnya yang bertindak balas dengan kuat. Sebaiknya cukup amalkan 1 atau 2 kali dalam sebulan dengan oleskan baking soda ke permukaan gigi selama 5 hingga 10 minit saja. Kemudian basuh.

 3# – Kayu siwak yang berasal dari ranting pohon adalah merupakan alternatif untuk ‘sikat’ gigi selepas makan. Biasanya kayu yang digunakan adalah ranting pohon zaitun dan walnut. Siwak memiliki kandungan bermanfaat seperti klorida, potasium, sodium bicarbonate, fluoride, vitamin C dan beberapa mineral lain yang berfungsi untuk bersihkan gigi, putihkan serta sihatkan gigi dan gusi.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)