Kenali 4 Sebab Mengapa Rambut Rosak Dan Penawarnya | Tip Wanita Dot Com

Kata orang tua-tua, “sebaiknya mencegah itu lebih baik dari mengubati.” Namun jika rambut sudah terlanjur rosak, kering, bercabang, berminyak dan gugur, bagaimana pula nak merawatnya?

Tidak kiralah sama ada wanita yang bertudung atau tidak, mempunyai rambut yang indah, sihat dan menawan merupakan suatu kebanggaan. Tambah pula saat pasangan atau keluarga puji. Mahunya hidung kita kembang-kempis mendengar pujian tersebut.

1 masalah rambut

Merata di luar terdapat banyak salon kecantikan yang menawarkan pelbagai pakej rawatan rambut. Yang pasti, merawat dan menjaga rambut itu perlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang.

Namun bagi mereka yang mahu berjimat, boleh saja buat secara konsisten dengan gunakan bahan semulajadi di rumah. Sebelum merawat, kenalpasti dulu apakah jenis kerosakan rambut kita. Kemudian barulah sediakan penawarnya.

#1 – Rambut Selalu Putus Disebabkan Selalu Ikat Rambut

Seorang saintis Alfonso Valecillos mengatakan, “ikatan getah mencipta rekahan kecil yang melemahkan rambut hingga menyebabkan rambut mudah putus.” Solusinya adalah guna pengikat getah rambut lembut seperti riben untuk ikat tocang. Tukar posisi ikatan rambut setiap hari supaya tidak beri tekanan pada bahagian yang sama. Mahu lebih mudah, bebaskan rambut dan pakai cekak rambut.

#2 – Rambut Bercabang, Berminyak Dan Kusut Kerana Tidak Pakai Perapi Rambut

2 rambut berminyak

Jika ada yang perasan rambutnya shining seolah berminyak, maka gunakan perapi rambut yang sesuai dengan jenis kepala. Fungsi syampu hanyalah bantu bersihkan kotoran dan minyak semula jadi rambut. Perapi pula menampung kembali lembapan yang hilang agar rambut tidak kusut saat disikat. Sapu perapi pada paras telinga hinggah ke bawah – itulah bahagian rambut paling tua dan lemah.

#3 – Rambut Kering Punca Dari Kerap Gunakan Pengering Rambut Selepas Mandi

Ketika rambut kita basah dan gunakan pengering rambut yang miliki haba yang tinggi bersama dengan sikat, memang rambut akan menjadi lebih teruk dan kering. Sebaiknya biarkan saja rambut tersebut kering semulajadi. Namun andai mahu cepat dan terus mahu sarung tudung, keringkan dengan haba yang rendah tanpa perlu sikat. Sikap selepas rambut tersebut kering.
Rambut akan terlindung dan alami kesan alunan rambut secara semulajadi.

#4 – Rambut Gugur Disebabkan Pakai Syampu Yang Tidak Sesuai Dengan Jenis Kulit Kepala

3 rambut gugur

Kebanyakan wanita alami perkara ini. Di bilik tidur dan bilik air, bergugur rambut di atas lantai. Begitu juga waktu menyikat rambut kali pertama. Terus banyak helaian rambut tercabut dari akarnya. Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah tahu apakah jenis kulit kepala dan syampu yang sesuai digunakan dengan bertanya kepada mereka yang pakar.

Elakkan 6 Perkara Ini Dalam Penjagaan Rambut :

  • Penggunaan pengering rambut atau pelurus rambut yang terlalu panas.
  • Melakukan pelurusan atau pengerintingan rambut sendiri di rumah. Sebaiknya buat di salun-salun professional supaya rambut tidak rosak dengan cepat.
  • Keringkan rambut guna tuala hingga rambut tergeser antara satu sama lain dan boleh menyebabkan rambut terputus. Usaplah rambut kita dengan lembut.
  • Bersyampu tanpa perapi.
  • Guna sikat yang telalu halus terutama bagi yang berambut panjang. Pastikan pakai sikat yang jarang.
  • Warnakan rambut sendiri ikut suka produk yang disukai.
  • Tidur dengan rambut yang basah atau toncang yang diikat. “Kajian menunjukkan tidur 8 jam dengan rambut yang basah, ia hilang kekuatan dan putus,” kata Jeni Thomas yang merupakan saintis utama untuk syampu jenama Pantene.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)