Miliki Bau Badan Yang Kuat? Cuba 7 Tips Mudah Ini | Tip Wanita Dot Com

Sesetengah orang mungkin tak perasan bahawa dirinya menghadapi bau masalah badan yang menyengat hingga menyebabkan ramai kawan tidak gemar mendekati walaupun sekejap. Hal ini bukan satu isu yang patut dipandang remeh kerana ia boleh memalukan diri. Cuba bayangkan kita berada di dalam lif bersama rakan dan tiba-tiba hidung kita tercium suatu aroma yang mampu buatkan diri pengsan. Sudahla bau itu datang dari kawan kita di sebelah.

 Agak-agak apa kita nak buat pada waktu tersebut? Tahan nafas, itu sudah pasti. Takkan mahu marah tanpa sebab pada sahabat? Namun bagaimana jika sebaliknya yang terjadi? Ternyata diri sendiri yang mengeluarkan bau badan yang tidak enak ketika berada di dalam lif. Belum lagi termasuk kawan malu nak cakap pada kita dan dia sebarkan cerita pada kawan-kawan pejabat yang lain. Satu ofis dah tahu, malunya bukan kepalang.

 Oleh itu, apa kata kita cuba petua orang dahulu kala sebagai alternatif untuk selesaikan masalah bau badan yang menyengat apabila deodorant pun tak mampu membantu hilangkan bau.

 #1 – Limau Nipis

Kandungan limau nipis dikatakan dapat membunuh bakteri penyebab bau badan di samping dapat bantu tingkatkan pH Kulit. Hanya potong lipau nipis kepada dua bahagian, gosokkan pada ketiak, tunggu hingga kering dan bersihkan dengan air. Lakukan 3 kali setiap minggu hingga bau badan hilang.

 #2 – Cuka

Rupanya, sifat anti-bakteri pada cuka dapat melawan pertumbuhan bakteria. Apa kata ambil kapas dan oleskan sedikit cuka yang bercampur dengan air pada bahagian ketiak. Biarkan kering selama 10 hingga 20 minit, kemudian bilas hingga bersih. Paling mudah, amalkan sebelum tidur dan bersihkan pada saat kita bangun pagi esok harinya.

#3 – Air Dan Bunga Mawar

Bunga mawar sinonim dengan kecantikan disebabkan baunya yang harum dan kelopak bunganya yang cantik. Rupanya bunga mawar turut dikatakan sebagai cara berkesan untuk hilangkan bau ketiak. Jadi, gunakan kelopak mawar ini dengan air. Kemudian perah. Lapkan lengan dan bahagian tubuh yang berbau dengan air mawar. Lakukan secara rutin harian sampai bau ketiak berkurang.

#4 – Daun Sirih

Caranya adalah ambil 10 lembar daun sirih dan tumbuk halus. Gosok tumbukan daun sirih tadi pada kulit ketiak sebelum mandi. Diamkan selama 10 minit, sesudah itu bilas dengan air. Kita juga boleh rebus segenggam daun sirih dan airnya di minum sebanyak 1 gelas setiap hari.

 #5 – Lobak

Apa yang boleh dilakukan adalah buat jus lobak. Namun bukan untuk diminum. Isikan dalam botol kecil bekas minyak wangi yang ada. Bawa selalu jus lobak tersebut ke mana saja kita pergi dan spraykan pada ketiak saat ketiak mula berbau. Cara yang sama boleh dilakukan untuk air mawar tadi. Mudah bukan?

#6 – Timun

Cara hilangkan bau badan dengan timun ialah potong timun menjadi kepingan, gosokkan dengan lembut pada kulit ketiak setelah selesai mandi. Timun juga boleh dikisar dan dicampurkan dengan madu. Namun cara ini lebih sesuai untuk putihkan kulit ketiak.

#7 – Pakai Jenis Material Pakaian Yang Sesuai

Jaga kebersihan tubuh dengan memakai pakaian bersih dan material yang sesuai. Salah satu penyebab aroma ketiak mucul adalah kerana adanya bakteria dan sel mati yang ada pada ketiak. Sebab itu penting untuk kita mengenakan pakaian yang bersih dan jenis pakaian seperti linen, wool, polyster, chiffon, lyrca yang tidak membentuk tubuh atau ketat untuk membantu kulit kita bernafas dengan lebih baik.

 

 

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)