Panduan Makan Secara Sihat 24 Jam Bagi Ibu Bekerjaya | Tip Wanita Dot Com

Mesti ada yang selalu dengar atau baca penyataan kita adalah apa yang kita makan. Dan kita sendiri tahu wanita bekerja perlukan tenaga yang banyak dalam 12 jam untuk selesaikan urusan kerja dan rumahtangga. Rupanya wanita dikatakan mempunyai diet pemakanan harian yang berbeza dengan lelaki.

Jadi, waktu bilakah yang terbaik untuk makan karbohidrat, protein dan lemak? Besar manakah saiz hidangan yang kita perlukan dan apakah garis panduan makanan harian kita? Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan diet seimbang?

Pepatah mat saleh ada menyatakan, “pilih dengan bijak dan kita boleh makan secara sihat sepanjang masa.” Baca beberapa peraturan mudah untuk kita ikuti seperti dapatkan tenaga booster dalam menjalani hidup seharian dan jenis hidangan yang sesuai untuk wanita bekerja di bawah.

#1 – Sarapan Pagi

Mulakan metabolisme kita dengan sarapan pagi yang mengandungi protein. Menu yang kita boleh cuba nikmati adalah (i) telur yang dimasak rebus atau digoreng hancur dan makan bersama kacang panggang serta roti, (ii) susu rendah lemak, (iii) mahu ala-ala western, sepotong ikan salmon yang disalai bersama salad, mayonis dan totilla.

Fakta dari pakar pemakanan : Kita dapat bakar lebih banyak kalori dan metabolisme diri bertahan lebih lama dengan mencerna protein berbanding dengan karbohidrat. Secara tak langsung, kita akan kurang makan sepanjang hari itu. Namun satu perkara yang perlu kita elakkan adalah jangan sampai tak sarapan langsung. Ingat sarapan adalah sumbangan penting untuk tenaga harian dan memainkan peranan dalam kekalkan berat badan yang sihat.

#2 – Minum Pagi

Makan sedikit dan kerap adalah cara ideal dalam pemakanan seimbang. Membiarkan perut lapar pun adalah suatu perkara yang kurang bijak kerana ini akan menyebabkan kita terjebak dengan diet yang salah. Maka, pilihan yang terbaik untuk minum pagi adalah minum teh dan makanan ringan seperti biskut oat, kek pisang, roti bakar yang disapu mentega atau kaya, sandwich, bijirin sarapan bersama susu dan kacang badam.

#3 – Tengah Hari

healthy

Makanan tengah hari sekurangnya mesti ada campuran protein tanpa lemak dan karbohidrat berkanji. Tanpa ambil diet jenis ini, kita mudah rasa lemah, tak semangat dan nak buat kerja pun terasa malas. Yang paling utama adalah pilih makanan berkarbohidrat dan mempunyai serat yang tinggi supaya dapat hasilkan gula dalam darah yang stabil. Misalnya dengan ambil lauk ikan, ayam, makanan laut, sedikit nasi dan sayur-sayuran. Amalkan sekali makan buah sebelum makan makanan berat.

#4 – Minum Petang

Andai selama ini ada yang mengabaikan makanan tiada lemak, maka hari ini kita perlu ambil peduli. Katakan ya pada lemak yang sihat dan bukannya tiada lemak langsung dalam diet pemakanan harian. Lepas pulang kerja dan sementara berada di jalan jem, dapatkan snek petang untuk dikunyah dalam kereta. Sekurangnya ia bantu lepaskan stress.

Masa inilah kita dapat puaskan keinginan diri dengan makanan manis yang miliki kandungan sedikit gula dan lemak yang sihat. Sebagai contoh, aiskrim, biskut, buah-buahan kering, kekacang tanpa garam, gula-gula dan coklat.

#5 – Makan Malam

Elakkan makan karbohidrat pada waktu malam. Nanti diri anda aktif bertenaga. Waktu malam, bantu diri kita untuk rehat dengan makan makanan yang mempunyai rendah lemak dan kaya dengan serat. Banyakkan makan buah, sayuran hijau, salad dan lauk-pauk yang dimasak dengan minyak zaiton. Kurangkan makan nasi.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)