Patuhi 5 Peraturan Untuk Miliki Kecantikan Yang Bebas Dari Bahan Kimia | Tip Wanita Dot Com

Kecantikan dan kesihatan sangat berkait rapat.  Pakar sering menasihati, “dekatilah kecantikan dari dalam (semulajadi) kerana kecantikan juga turut termasuk kesihatan, memiliki tenaga yang cukup, minda yang seimbang dan badan yang bermaya.  

Andai sel-sel anda sihat, sel-sel tersebut dapat berkembang, diganti baru hingga membawa kepada kulit yang berseri dan tenaga yang terserlah dari dalam.

Di UK, kecantikan semulajadi lebih terkenal dengan kecantikan organik.  Mereka wujudkan Farmasi Organik sebagai perintis dalam dunia kecantikan organik, mempromosikan kesihatan dan gaya hidup serta solusi kecantikan yang berkesan untuk kelihatan lebih baik.

Berikut merupakan 5 peraturan yang dikongsikan untuk mereka yang ingin amalkan kecantikan semula jadi :

#1 – Belajar Jadi Sederhana

Pemakanan sering dikaitkan dengan kecantikan mahupun kesihatan.  Betapa nikmatnya makan coklat, makanan berlemak, santan, mentega atau krim tanpa rasa bersalah.  Pemakanan sebegini memang tidak digalakkan cuma perlu dikurangkan, hanya ambil sekali-sekala.

pemakanan

Segala-galanya adalah mengenai kesederhanaan dan kesedaran. Anda harus belajar apa makanan yang tidak baik untuk diri.  Jika ia memudaratkan, pastikan anda tidak benarkan ia masuk ke dalam perut anda dalam kuantiti yang banyak.

#2 – Hargai Kulit Anda

Kulit adalah organ terbesar kita sehingga ia dapat menyerap nutrien produk apa yang anda guna. Sesetengah produk ada yang menggunakan bahan makanan organik seperti tomato, timun, asam jawa dan lain-lain sebagai kandungan utama.  

Anda tahu betapa pentingnya bahan yang berkualiti dan bernutrisi untuk kulit.  Oleh itu, bahan-bahan yang mempunyai antioksidan, vitamin dan fitonutrien mampu bantu kulit kita kelihatan bermaya.  Semakin baik bahan-bahan yang terkandung dalam produk, semakin sihat kulit anda.

#3 – Makan Gula Dalam Kadar Minimum

Jika anda ingin buat perubahan yang besar, seeloknya lupakan gula.  Andai anda gemar minum teh, kurangkan gula dan gantikan ia dengan madu atau perahan limau.  Amalkan minuman detox iaitu air putih yang ditambah dengan limau nipis dan madu setiap pagi.  

gula

Anda akan dapati diri anda berbeza dari segi tenaga badan, kulit, tidur dan perasaan.  Walaupun ia perubahan kecil, namun ia beri hasil yang besar.

#4 – Buat Latihan Yang Menyeronokkan

Lakukan apa jua perkara dengan gembira terutama apabila anda melakukan aktiviti kecergasan. Kerapkan diri untuk suka berjalan, jogging di tepi laut, berenang, mendaki gunung, nikmati udara segar selepas subuh dan mengembara.

Ambil kesempatan, dedahkan diri di persekitaran alam semula jadi. Ia membolehkan anda sentiasa bermotivasi dan relaks.  Lebih-lebih lagi buat anda yang bekerja keras sebagai orang yang bekerjaya.

#5 – Periksa Produk Kecantikan Apa Yang Dipakai

Adalah sangar penting bagi anda sebagai pengguna untuk fahami apa produk organik yang anda beli.  Anda mesti tahu apakah bahan yang dikatakan sebagai semula jadi.  Terdapat perbezaan yang besar antara kosmetik organik dan bukan organik.  

organic kosmetik

Kosmetik organik menggunakan minyak tumbuhan, herba, buah atau sayuran dan bukannya petroleum, merkuri atau warna tiruan serta bahan pengawet yang boleh mengganggu sistem hormon anda.

Bonus : Air Dari Botol Kaca atau Botol Plastik?

Anda perlu bersedia untuk buat satu lagi usaha menjaga diri anda dengan baik. Jika air panas dituang ke dalam cawan plastik, ia akan menghasilkan reaksi kimia kepada asid.  Justeru itu, banyakkan minum air dari botol kaca berbanding botol plastik yang tidak tahan lama. Cubalah untuk kekalkan sistem alkali air dalam badan anda.  

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)