Rahsia Di Sebalik Jaga Kesihatan Rohani Yang Kita Jarang Ambil Peduli | Tip Wanita Dot Com

Aspek kesihatan ada dua. Satu adalah kesihatan jasmani, iaitu fizikal atau luaran. Dan yang kedua kesihatan dalam yang merujuk kepada kesihatan rohani. Lebih dikatakan ke arah soal jiwa. Kedua-duanya dituntut dalam Agama supaya kita menjaganya dengan baik. Terdapat banyak cara jaga kesihatan tubuh badan dan dalaman yang sudah diajar oleh Al-Quran.

Misalnya bersenam melalui berenang, memanah dan menunggang kuda serta mengawal makanan seperti mana sudah ditulis dalam artikel sebelum ini. Dalam buku Jejak Sejarah Kedoktoran Islam, Dr. Ja’far Khadem Yamani menulis terdapat lebih 25 pola hidup Rasulullah SAW yang berkaitan dengan kesihatan. Di mana sebahagian besarnya bersifat pencegahan. Ya, mencegah lebih baik dari mengubati. Antaranya adalah cara bersuci, cara ‘memanjakan’ mata, keutamaan senyum dan lain-lain lagi.

Rasulullah SAW sangat mantap dalam ibadah spiritualnya, khususnya solat. Baginda SAW juga memiliki penampilan sempurna dalam mengawal emosi, fikiran dan hati. Kajian-kajian terkini dalam bidang kesihatan membuktikan dengan mengawal hati, fikiran, perasaan dan hubungan yang mantap terhadap Allah SWT, ia akan menentukan kualiti kesihatan seseorang, jasmani dan rohani berada pada tahap yang terbaik.

#1 – Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik. Mandi pagi memang buatkan diri kita menggigil kerana kesejukan. Namun tahukah kita air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh kurangkan lemak yang terkumpul? Kita sendiri boleh perhatikan orang mengamalkan mandi pagi, kebanyakan mereka miliki badan yang tak gemuk.

#2 – Rutin Rasulullah SAW adalah mengamalkan minum 1 gelas air kosong setiap pagi. Terutama bangun dari tidur tanpa berus gigi dulu. Insayallah, diri jauh dari penyakit atau susah kena sakit.

#3 – Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas baca doa). Ia boleh elakkan kita terkena sakit pening atau migrain. Ini terbukti apabila para saintis buat kajian sebab apa dalam sehari kita mesti sujud. Ahli-ahli sains menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

#4 – Makan dengan tenang dan ada tuma’ninahnya (tidak tergesa-gesa dan tempo sederhana). Bukan setakat solat perlu ada tuma’ninah tau. Cara makan seperti ini bantu hindarkan diri dari tersedak, tergigit bahagian mulut yang menyebabkan ulser dan kerja organ pencernaan jadi lebih ringan. Makanan dapat dikunyah dengan lebih baik hinggakan organ pencernaan berjaya menjalankan kerja dengan sempurna.

#5 – Elakkan makan makanan darat yang bercampur dengan makanan laut. Nabi SAW pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Kerana apa? Bimbang akan cepat dapat penyakit. Saintis menjumpai dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala ikan mengandungi ion (-). Andai dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tidak balas biokimia yang boleh rosakkan usus kita.

#6 – Nabi Muhammad SAW tidur awal malam dan bangun awal pada pertengahan malam kedua. Biasanya Rasulullah SAW bangun dan bersiwak, ambil wudhuk dan solat sampai waktu yang diizinkan Allah SWT. Baginda tidak pernah tidur melebihi yang sepatutnya, namun tidak pula menahan diri untuk tidur sekadar yang diperlukan.

Penelitian Daniel F Kripke, ahli psikiatri dari Universiti California menarik untuk dinyatakan dalam artikel ini. Penelitian yang dilakukan di Jepun dan AS selama 6 tahun dengan responden berusia 30 hingga 120 tahun mengatakan orang yang tidur 8 jam sehari miliki risiko kematian lebih cepat. Berlawanan dengan mereka yang biasa tidur 6 hingga 7 jam sehari.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)