Rahsia Wanita Arab Kekalkan Kecantikan Semulajadi Dengan 6 Makanan Sunnah | Tip Wanita Dot Com

Cantik yang sebenar bukanlah terletak pada kulit putih yang cerah, tinggi kurus dan lampai, mata bundar, bulu mata lentik, hidung mancung dan sebagainya. Definisi cantik yang sebenar adalah miliki kulit yang lembap, wajah bersih tanpa sebarang kuman, rambut yang bebas dari kerosakan, BMI yang normal, tubuh badan sihat dan dalaman yang bertenaga.

Bila kita miliki semua itu, kita sememangnya cantik. Apa sahaja rupa yang Allah bagi, kita terima dengan setinggi-tinggi kesyukuran. Namun cantik itu subjektif. Lain mata yang memandang, lain pendapatnya. Oleh itu, artikel kali ini memaparkan tentang rahsia bagaimana wanita Arab kekalkan kecantikan semulajadi mereka dengan makanan sunnah.

#1 – Bunga Saffron Atau Za’faran

bunga saffron

Rasa pahit dari bunga ini ditimbulkan oleh zat picrocrocin dan safranal di mana ia menyebabkan makanan berwarna kuning. Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik.

Rendam beberapa helai saffron ke dalam 1 gelas susu selama 2 jam. Sapu campuran susu dan saffron ke seluruh wajah dan leher. Biarkan 15 hingga 20minit. Bilas dan keringkan wajah dengan tuala bersih. Hasil penggunaan yang berterusan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu bantu dapatkan kulit wajah yang cerah semulajadi.

#2 – Minyak Zaitun

Antara khasiat minyak zaitun adalah meremajakan kulit. Jika mahu lebih spesifik, minyak zaiton dalam masakan mampu hilangkan toksik yang terdapat pada makanan. Penggunaan minyak zaitun yang teratur membuatkan kulit semakin terasa halus. Sebab itu makin banyak minyak zaitun dipakai untuk campuran produk kecantikan. Cara amalnya adalah minum minyak zaitun sebanyak 1 sudu teh setiap pagi. Elakkan minum bersama dengan air putih.

#3 – Pati Delima

pati delima

Minum 2 sudu besar pati delima 2 hingga 3 jam selepas sarapan. Jika ada keluarga yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi atau obesiti, ia boleh diambil sekali sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam untuk turunkan paras gula di tahap normal.

#4 – Habbatussauda

Habbatussauda boleh dimakan sebelum sarapan. Mahu mudah, selepas bangun pagi terus ke dapur dan ambil kuantiti sebanyak 1 sudu teh kecil. Ada yang dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ini adalah berdasarkan kepada fakta dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.

#5 – Cuka Tamar Atau Cuka Epal

cuka epal

Minum cuka dengan air akan menyediakan keadaan yang beralkali dalam perut. Kedua-dua bahan ini akan rangsang rembesan enzim pencernaan yang akan memastikan molekul-molekul makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dipecahkan dengan sempurna untuk menjadi tenaga dan zat yang boleh diserap ke dalam sel-sel badan.

#6 – Madu

Ada 2 cara yang boleh kita amalkan iaitu (a) minum 1 sudu teh saja atau (b) campurkan 2 sudu teh madu ke dalam 1 gelas air. Terpulang kepada diri mahu amalkan yang mana. Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.

Tip tambahan :

Bangun pagi, terus minum air suam dulu tanpa berus gigi. Amalkan secara istiqamah. Pasti segala kotoran dalam usus dan kulit jadi lebih bersih dan bermaya secara semulajadi. Kemudian amalkan wuduk dan jika mahu cuci muka, bacalah selawat.

Rahsia cantik ni mudah saja. Apa makanan yang kita makan akan terzahir kepada kecantikan luaran. Dalam erti kata lain, jaga kecantikan dalaman pasti kecantikan luaran pun terserlah.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)