Runsing Menjadi Ketua? Baca 7 Cara Bagaimana Diri Disukai Pekerja | Tip Wanita Dot Com

Buat seorang perempuan yang menjadi pemimpin di tempat kerja, ia bukan mudah. Dulu, bab kempimpinan selalunya diterajui oleh kebanyakan lelaki. Namun kini, wanita turut berjaya menunjukkan kemampuan memimpin suatu organisasi atau syarikat besar walaupun sudah berkeluarga.

Jika kita terlampau tegas, orang bawahan tidak suka dan ada-ada je perkara yang dirungutkan. Jika terlalu berhemah atau lemah lembut, ada pula yang malas bekerja dan ambil kesempatan. Memang sedia maklum sebagai pemimpin, kita tidak dapat puaskan hati semua orang. Justeru bagaimana caranya untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani dan disukai ramai pekerja yang bertugas di bawah kita?

#1 – Hargai Pekerja Yang Bagus Prestasinya

1 pekerja bagus

Jika seseorang lakukan pekerjaan yang luar biasa, beritahu mereka. Kita mungkin tak tahu betapa gembiranya pekerja kita walaupun kita sekadar menghantar emel penghargaan. Kerana semangat manusia akan meningkat melalui kata-kata penghargaan. Percayalah cara ini sangat mempengaruhi tingkatan kualit tugasan oleh perkerja.

#2 – Sedia Lakukan Yang Terbaik Bersama Tim

Normal apabila seorang pemimpin cenderung untuk melakukan kerjanya sendiri disebabkan pemimpin merasakan kualiti kerjanya adalah terbaik. Namun pemimpin juga perlu melepaskan sebahagian kerja kepada tim supaya pemimpin ada masa lain untuk melakukan kerja yang sepatutnya. Kita akan sedar bahawa bekerja dalam tim merupakan kesempatan terbaik untuk membangunkan hubungan yang kuat dan meningkatkan kepercayaan.

#3 – Elakkan Diri Memiliki Sifat Diktator

bossy

Usah kata orang. Tanya sahaja diri sendiri. Adakah kita suka orang yang mengarah kita seolah dialah ketua yang paling berkuasa dalam jabatan? Maka ubah pendekatan diri. Dorong pekerja untuk berikan idea terutama dalam mengurus sebuah projek, galakkan mereka berfikir secara kritis dan elak sesekali membangkah hujah pendapat mereka dengan mengatakan itu salah. Lakukan dengan sederhana kerana setiap orang wajar diraikan.

#4 – Belanja Pekerja Setelah KPI Pekerjaan Tercapai

Kerja, kerja dan kerja saja tidak berguna apabila kita sebagai ketua tidak mengambil inisiatif untuk menghadiahi kejutan buat pekerja setelah suatu KPI kerja terlaksana. Sampai masa, minda pekerja boleh stress atas. Hal ini kelihatan kecil namun memiliki makna yang sangat dalam dan disukai pekerja. Kita sendiri bakal lihat sikap positif pekerja terhadap kita dan cara mereka menghormati diri kita.

#5 – Kenali Siapa Pekerja

3 kenal siapa pekerja

Mungkin sesetengah orang mengatakan ini agak leceh. Sifat manusia memang mahu dirinya diingati dan dikenali. Apa kata diri luangkan waktu makan tengah hari bersama pekerja? Jika setiap hari mereka sering dengar apa yang dikatakan oleh kita, maka latih diri untuk diam dan dengarkan pula celoteh mereka ketika makan. Perhatikan karakter dan telusuri pengalaman mereka supaya mereka senang dengan diri kita.

#6 – Mintalah Bantuan Dalam Selesaikan Masalah

Tidak wujud dalam dunia ini, seorang manusia tidak perlukan bantuan orang lain. Pasti ada. Walaupun kita sebagai ketua, boleh jadi ada diantara pekerja-pekerja kita lebih bernas ideanya dalam menyelesaikan masalah yang sukar diri selesaikan. Pilih seorang pekerja yang kita percayai, boleh menyimpan rahsia dan mintalah pendapatnya. Semakin kita mudah minta bantuan pekerja dan tidak ego, semakin mudah mereka dengarkan nasihat atau apapun yang kita katakana ketika melibatkan prestasi kerja mereka.

#7 – Akui Kelemahan Diri

Kebanyakan orang takut untuk tunjukkan kelemahan di hadapan pekerja mereka. Jujur saja dengan diri sendiri kerana lumrah manusia itu tidak sempurna. Akuilah jika kita melakukan kesalahan dan sanggup belajar terima teguran daripada pekerja. Hidup ini kan saling melengkapi.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)