Senarai 12 Bahan Dapur Yang Bantu Diri Tampil Lebih Cantik & Sihat | Tip Wanita Dot Com

Bermodalkan bahan-bahan yang mudah diperoleh di dapur, kita juga mampu merawat seluruh anggota badan secara semulajadi.  Selain murah, bahan-bahannya pula hampir selalu tersedia setiap saat.  Kini saatnya untuk menggali isi dapur dan menemukan rahsia terpendam dari dalamnya.  Jadi bahan apa yang ada di dapur boleh membantu diri kita cantik?

#1 – Oatmeal

oatmeal

Bahan oatmeal yang memang kaya dengan nutrisi dan mempunyai serat tinggi ini dapat buatkan kulit kelihatan mulus dan lebih muda.  Campur oatmeal bersama madu dengan kadar yang secukupnya, kenakan sebagai masker dan nikmati manfaatnya dengan amalkan 2 kali setiap minggu.  

#2 – Buah Pisang

Fungsi pisang bukan sekadar lancarkan pencernaan, pisang juga dapat menjadikan kulit muka lebih halus dan mehilangkan jerawat. Caranya : kupas 100 gram pisang, hancurkan, tambah 1 sudu teh madu untuk dibentuk sebagai masker.  Lakukan 2 kali setiap minggu.

#3 – Garam Bukit

garam bukit

Biasanya garam digunakan dalam masakan, namun jika kita mencampurkan garam ke dalam air dan digunakan sebagai mandian, otot tubuh akan lebih rileks dan tidur lebih nyenyak.  Selain itu, mandi garam turut meneutralkan semula energi dalam badan.

#4 – Madu

Mahu dapatkan badan yang cergas, amalkan minum 1 sudu besar madu yang dicampur air setiap hari.  Madu juga adalah antiseptik dan pelembab alami yang dapat melembapkan kulit. Gunakannya dengan oleskan madu ke seluruh wajah dan bilas setelah 15 minit.

#5 – Teh

tea

Kantung teh yang ada, elak dibuang.  Simpan dan kenakan sebagai masker mata pada waktu malam sebelum tidur.  Biarkan semalaman hingga kita bangun dari tidur semula.  Mata lebih segar dan kantung mata akan perlahan pudar.

#6 – Santan

Kali ini kita boleh manfaatkan santan untuk melembabkan setiap helai rambut.  Ramas santan pada rambut untuk merawat rambut yang kering, pecah-pecah dan bercabang.  Lakukan 3 kali dalam seminggu.

#7 – Kentang

kentang

Andai mahu elakkan ketiak atau lutut makin hitam, gunakan hirisan kentang yang sudah dipotong.  Sapu ia di bahagian ketiak atau lutut yang hitam kerana kentang mempunyai agen pemutih secara alami di dalam nutriennya.  Buat ini sebanyak 2 kali dalam seminggu.

#8 – Kopi

Berita baik untuk mereka yang suka minum kopi.  Bagi kopi yang masih ada sisa hampasnya, pakai ia sebagai scrub pada telapak tangan atau kaki.  Kelak, kulit pada bahagian itu lebih halus dan sel-sel kulit mati terangkat.

#9 – Telur

telur

Sebiji telur saja boleh berfungsi untuk 2 kecantikan.  Yang pertama, gunakan  putih telur pada wajah untuk meregangkan kulit sebanyak 2 kali dalam seminggu sebelum tidur.  Yang kedua, ambil kuning telur untuk disapukan pada rambut supaya rambut tumbuh bermaya.

#10 – Gula merah

Gula merah pun boleh bertindak sebagai scrub yang efektif untuk kesihatan kulit.  Hiriskan gula merah sehingga halus, kemudian gosokkan di seluruh anggota badan sekali dalam 2 minggu untuk dapatkan kulit yang lembut.

#11 – Minyak Kelapa

coconut oil

Minyak kelapa boleh mengurangi iritasi atau kesakitan pada mata yang diakibatkan oleh pemakaian kontek lens. Caranya, terapkan minyak kelapa dengan kapas pada kelopak mata.

#12 – Buah Lemon

Lemon sangat baik untuk mengecutkan jerawat dan merawat kulit berminyak.  Hanya titiskan perahan 1 buah lemon pada jerawat dan jerawat akan segera kecut.  Disebabkan lemon adalah buah yang berasid, maka lakukan ini hanya 1 kali dalam 2 minggu sahaja.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)