Stress Bekerja Lepas Cuti? Apa Kata Cuba 8 Langkah Ini | Tip Wanita Dot Com

Ah, sekejapnya masa cuti bersama keluarga berlalu. Tup, tup sudah kena pulang dan harus masuk kerja kembali. Kadang kita terasa ingin masa berhenti seketika kerana pada waktu cuti inilah, ia merupakan momen yang paling indah dan tidak payah langsung berfikir tentang kerja. Dapatlah kita rehatkan fikiran seketika.

Normal dikatakan kita bergelumang dengan stress dalam pekerjaan. Sememangnya stress ini tidak dapat dielakkan. Namun ia boleh dikawal dengan kadar yang pantas. Apa kata kita cuba langkah di bawah yang mengambil masa hanya 10 minit dari 24 jam sebagai pengurang tekanan dengan mudah.

Pastinya kita akan berasa lebih baik.

#1 – Berjalan Santai Melihat Dunia

berjalan di taman

Langkah paling mudah untuk merendahkan tekanan yang tinggi adalah pergi berjalan kaki selama 5 minit dan hirup udara segar. Rehatkan mata dengan melihat awan biru, memandang pokok menghijau dan bibir mengucap syukur kepada-Nya. Jika kita lakukan ini pada setiap hari, diri akan mudah berasa tenang kerana fikiran dan jiwa menjadi lapang.

#2 – Berzikir Usai Solat Fardhu

Bayangkan dengan 2 minit saja kita melakukan berzikir seperti istighfar atau ucapkan Ya Allah, ia menenangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah serta bantu merehatkan otot. Salah satu cara yang boleh kita buat adalah cari tempat yang tenang untuk duduk, beri tumpuan kepada satu perkara iaitu pernafasan dan zikir. Andai diri menghadapi masalah, ikuti cara ini.

#3 – Minum Teh Hijau Segar

minum teh segar

Teh hijau menenangkan kerana ia mengandungi theanine, sejenis asid amindo yang meletakkan diri berada dalam mode santai. Setiap hari pastikan kita bawa 1 uncang the untuk diminum. Elakkan teh yang memiliki kafein kerana ia meningkatkan lagi tekanan.

#4 – Ambil Nafas Sedalam-Dalamnya

Ada waktu satu minit? Ketika mana kita stress, hentikan apa sahaja yang dilakukan, tutup mata dan beri tumpuan kepada nafas. Tarik nafas, henti seketika dan hembus. Teknik pernafasan ini mudah saja dibuat walaupun kita duduk di atas kerusi pejabat.

#5 – Mendengar Muzik Dengan Not Yang Rendah

dengar musik

Satu kajian pada tahun 2010 oleh penyelidik Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati bahawa pesakit yang mendengar muzik kegemaran mereka mempunyai kesan kesihatan yang lebih baik. Saluran darah mereka terbuka lebih luas, kadar jantung perlahan, tekanan darah menurun dan mewujudkan perasaan selesa pada diri.

Nasihat yang perlu dipatuhi : tidak kira berapa lagu apa yang kita suka dengar, elakkan lirik lagu yang bersifat sedih, heavy metal atau mendengar lagu dengan kuat. Ia tidak baik untuk emosi dan kesihatan.

#6 – Makan Coklat Dan Ais Krim

Ketika dalam keadaan tertekan, kita mempunyai serotonin yang rendah (bahan kimia otak yang mengawal ketenangan). Makanan manis seperti coklat dan ais krim sebenarnya mampu meningkatkan tahap serotonin. Kajian mendapati bahawa makan 1 bar coklat gelap sehari berjaya bantu kurangkan tahap hormon tekanan.

#7 – Wangian Lavender Atau Lilin Aromaterapi

wangian levender

Lakukan salah satu amalan ini di sebelah kanan sebelum tidur membantu diri berehat dan mengosongkan fikiran. Satu kajian oleh penyelidik di University of Miami yang mengikuti aktiviti otak dengan mesin EEG menunjukkan gelombang orang-orang yang menghidu wangian aromaterapi lavender akan mudah mengantuk dan mempunyai rangsangan mood yang elok.

Membaca apa-apa jenis fiksyen akan menyebabkan fikiran kita seolah berada di dunia baru. Jiwa dan fikiran kita mengikuti plot cerita dalam novel. Hal ini yang membuatkan kita lupa bahawa kita sedang stress.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)