Tabiat “Food Combining” Mengikut Sunnah Rasulullah SAW | Tip Wanita Dot Com

Di barat, tabiat pemakanan “food combining” sangat popular. Tabiat ini membantu sistem pencernaan makanan menjadi ringan untuk dihadam, tubuh dapat menyerap nutrisi dengan sempurna, sisa toksin dapat dikeluarkan dari tubuh melalui perlawasan dan tenaga badan dapat disalurkan kepada seluruh organ tubuh dengan baik.

Namun rupa-rupanya “food combining” ini merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW yang sering dipraktikkan sebagai amal ibadah dan membawa pahala. “Food combining” ialah gaya pemakanan yang diselaraskan dengan mekanisme tubuh manusia secara semula jadi.

buah buahan

Cara ini bukanlah berfungsi untuk membataskan kombinasi jenis makanan tertentu, namun ia lebih kepada mengatur gabungan makanan yang sesuai dengan sistem pencernaan tubuh.

Dalam tabiat pemakanan Rasulullah SAW, “food combining” turut dikenali sebagai “food balancing” iaitu menyeimbangkan suatu sifat yang lebih dari suatu makanan dengan lawannya. Maksudnya, Rasulullah SAW makan pelbagai jenis makanan secara seimbang.

Andai salah satu makanan memerlukan balancing, maka baginda akan makan balancer. Seperti kurma yang bersifat panas diseimbangkan dengan tembikai atau timun yang bersifat dingin. (Imam Ibnul Qayim Al-Jauziyah dalam Zadul Ma’ad fi Hadyi Khayril ‘Ibad)

Antara menu pemakanan sihat mengikut kaedah “food combining” adalah :

#1 – Buah Limau

Dahulukan dengan memakan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi atau makanan berat. Rasulullah SAW bersabda, “perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti limau, rasanya manis dan aromanya harum.” HR. Bukhari dan Muslim.

#2 – Tembikai dan Kurma ‘Ajwah

tembikai

Baginda makan tembikai bersama dengan kurma muda seraya bersabda, “kami memecah panasnya ini (kurma muda) dengan dinginnya ini (tembikai) dan dinginnya ini (tembikai) dengan panasnya ini (kurma muda).”
Sunan Abu Dawud; dinilai shahih oleh Syaikh Al-Albani.

Dari Jabir dan Abu Said bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kurma ‘ajwah berasal dari syurga, ia merupakan penangkal racun, isinya manis, airnya merupakan ubat mata.” HR. An-Nasa’i dan Ibnu Majah.

#3 – Timun Hijau/ Timun Jepun

Dari Abdullah bin Jafar, “aku melihat Nabi SAW makan timun dengan ruthab (kurma muda).”
HR. Bukhari dan Muslim.

Berbanding dengan timun hijau, timun Jepun lebih rangup dimakan. Apa kata kita cuba buat minuman detox dengan potongan timun dan hirisan kurma. Ataupun hasilkan jus timun bersama dengan 3 buah kurma sebelum keluar bekerja. Pasti menyelerakan.

#4 – Buah Tin Dan Zaitun

buah zaitun

“Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.” Surah At-Tin : 1.

Di pasaraya, buah tin biasanya sudah dikeringkan. Jadi, kita boleh menikmatinya dengan terus makan di rumah. Buah zaiton pula rasanya agak masam sedikit akibat diperam. Ia perlu dimakan dengan sesuatu yang pahit atau makanan yang tiada rasa supaya rasanya seimbang. Misalnya, makan bersama nasi pada waktu tengah hari dan malam.

#5 – Minyak Zaiton

Kita sedia maklum minyak zaiton memang merupakan minyak yang dapat memberi khasiat kepada tubuh badan kerana ia berasal dari pohon yang diberkati (Sumber HR Ibnu Majah). Malah minyak zaiton boleh digunakan hingga 5 kali berbanding minyak sawit atau jagung yang cepat hitam dan terpaksa dibuang kerana kualitinya.
Ia, minyak zaiton memang agak mahal di pasaran.

Namun jika anda mahu berjimat sambil mengamalkan sunnah, boleh cuba resepi salad ini. Sediakan bahan-bahan seperti salad, kubis bunga yang berwarna ungu, hot dog atau ketulan ayam rebus, hirisan carrot, timun dan perahan lemon. Gaulkan semua bersama dengan 2 sudu minyak zaiton. Sudah pun siap.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)