Tak Mahu Tisu Terkoyak Waktu Bersalin? Amalkan 7 Cara Berikut | Tip Wanita Dot Com

Melahirkan secara normal – idaman hampir semua wanita yang sedang hamil. Malah, ia disarankan oleh pakar perubatan kerana ia merupakan tanda bayi dan ibunya mempunyai kesihatan yang baik. Pengalaman menjadi seorang ibu terasa sempurna tatkala dapat merasai perjuangan yang harus di lalui saat menghadapi proses bersalin. Hakikatnya, perasaan risau, bimbang dan takut pasti terselit ketika menghampiri tarikh melahirkan anak.

 Ia memang wajar kerana terbayang kesakitan yang bakal dialami.  Lebih-lebih lagi bila melibatkan jahitan yang disebabkan adanya tisu-tisu terkoyak yang terjadi di bahagian kewanitaan atau digunting untuk mudahkan proses kelahiran bayi.  Oleh itu, artikel kali ini bawakan teknik buat ibu-ibu dapat bersalin secara normal namun tiada jahitan. Ikuti maklumat di bawah.

 #1 – Berdoa Supaya Proses Bersalin Dimudahkan Dan Dilancarkan

Bukan setakat isteri saja perlu amalkan, suami pun perlu turut serta.  Antara bacaan doa melahirkan yang boleh dibaca ialah Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Maryam, Surah An-Nahl ayat 78, selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan istighfar. Disarankan untuk turut berdoa : “Ya Allah, hamba memohon dan meminta kepada-Mu agar proses bersalin ini dimudahkan supaya tiada tisu yang dijahit.  Kurangkanlah rasa sakit yang bakal dialami saat melahirkan. Berikanlah kesihatan yang luar biasa kepada kami dan anak yang soleh solehah.“

 #2 – Lakukan Senaman Ringan Untuk Melatih Otot

Gerakan ringan boleh dipraktiskan pada trimester terakhir dengan melakukan gerakan kepala, dahi dan hidung, tangan, lutut dan jari-jari kaki. Termasuk juga berjalan sebanyak mungkin. Hal ini bantu bayi berada di posisi terbaik dan mendorong bayi mudah keluar ketika dilahirkan. Maka, akan tipislah kemungkinan tisu-tisu di bahagian sulit terkoyak.

 #3 –  Gunakan Aromaterapi Untuk Buatkan Diri Relaks

Kebanyakan orang jarang ambil tahu perkara ini.  Sebelum bersalin, minta suami bawa minyak bunga iaitu wangian aromaterapi.  Cara ini menyebabkan diri peroleh ketenangan, terasa aman dan mengurangkan regangan otot yang berlaku ketika bersalin. Ketenangan sangat diperlukan kerana ia dapat bantu diri mudah bersalin secara normal dan meminimakan jahitan.

 #4 – Digalakkan Makan Minyak Zaitun dan Teh Daun Raspberry  

Mengapa perlu amalkan makan 2 makanan ini?  Untuk mengurangkan kontraksi kulit dari dalam. Tambah lagi diri kita yakin bahawa proses persalinan pasti berjalan dengan baik.

 #5 – Siap Sediakan Diri Menghadapi Proses Bersalin Dengan Matang

Menjelang masuk fasa terakhir 9 bulan mengandung, nyata mendebarkan. Terutama bagi wanita yang baru pertama kali hamil dan belum pernah merasai bagaimana proses bersalin. Maka, tentunya kita perlu menyiapkan diri dengan sebaik mungkin dari sudut rohani, fizikal dan mental.  Selalulah berfikir positif, usaha ke arah lebih tenang dan sentiasa berdoa dengan kerap supaya kita dapat bersalin secara lancar dan normal tanpa sebarang jahitan.

 #6 –  Hindari Lelah Apabila Dekat Dengan Masa Melahirkan

Salah satu faktor yang menyebabkan tisu terkoyak dan perlu dijahit adalah adanya gangguan kepada ibu hamil baik ringan mahupun berat. Sebagai contoh, penyakit lelah.  Sebaiknya ketika diri sudah memasuki bulan akhir kehamilan, hindari aktiviti yang buatkan kita lelah. Gunakan waktu untuk peroleh rehat yang cukup dengan menjaga pemakanan dan masa tidur.

 #7 – Jaga Kesihatan Fizikal Sebaik Mungkin

Supaya kita mampu melahirkan secara normal tanpa jahitan, maka kita mesti menjaga keadaan diri bermula di peringkat awal. Dapatkan nasihat pakar, info-info terbaru, baca buku dan amalkan pemakanan dan berdoa.

 

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)