Tension Urus Keluarga Dan Kerja? Apa Kata Cuba 14 Tips Ini | Tip Wanita Dot Com

Kita tak terlepas dari terfikir bagaimana dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak dan pekerja syarikat sebaik mungkin. Persoalan yang sering bermain dalam jiwa, “mampukah diri ini melakukan semua itu?”.

Bila masa nak berehat sedangkan kerja rumah pun tidak lagi selesai, ditambah pula dengan bebanan kerja di pejabat. Sungguh 24 jam itu terasa padat, mencabar dan letih. Non-stop menjadi superwoman.

Berikut merupakan antara tips berguna dan praktikal buat ibu bekerja adalah :

#1 – Buat Persediaan Asas Di Dapur Untuk Seminggu

Kebiasaannya, ibu yang bekerja tidak punya banyak masa untuk memasak. Bagi mudahkan kerja-kerja memasak, kisar bahan-bahan asas seperti bawang, halia dan cili untuk kegunaan seminggu. Andai mahu buat sarapan, buat menu yang pantas siap dan enak dimakan.

#2 – Alih Bahan Mentah Ke Bahagian Bawah Peti Sejuk

Sebelum bertolak ke tempat kerja, alihkan bahan-bahan mentah dari tempat dingin beku (freezer) yang mahu dimasak untuk dinner selepas pulang kerja ke bahagian bawah peti sejuk.

#3 – Bangun Seawal 5 Pagi

bangun tahajjud

Bangun seawal pukul 5 pagi untuk tahajud dan memasak sarapan. Kita juga boleh terus siapkan makanan makan malam dan simpan saja dalam peti ais. Balik sahaja, terus panaskan.

#4 – Kejut Suami Untuk Turut Sama Bantu

Kejutkan sekali suami supaya bangun awal dan minta dia bantu dalam membasuh, menjemur baju-baju yang sudah dipakai dan menggosok baju. Latih anak-anak seawal mungkin supaya mereka berjaya gosok baju dan lipat sendiri. Angkat baju setelah pulang kerja. Elakkan diri bertangguh. Jika tidak, kain-kain baju menggunung jawabnya.

#5 – Labur Wang Untuk Kemudahan Urus Rumah

beli vacuum

Laburkan sedikit wang untuk dapatkan kemudahan terbaik bagi mengurus rumah. Sebagai contoh sediakan vakum, mesin pengisar bahan-bahan asas dan mesin basuh automatik. Kerja-kerja lebih pantas disiapkan.

#6 – Bincang Dengan Famili Untuk Sentiasa Berperanan

Berbincang dengan suami dan anak-anak supaya saling memahami dan masing-masing bantu ringankan tugasan si ibu. Setiap hujung minggu, bahagikan tugas yang dipersetujui bersama. Ajarkan anak-anak kita supaya ringan tulang.

#7 – Biasakan Anak Kemas Bilik

Biasakan anak-anak mengemas bilik sendiri setiap hari. Kita cuma tinggal pantau sahaja.

#8 – Makan Di Luar

Andai penat memasak, apa kata ajak satu keluarga berpuasa atau makan di luar.

#9 – Buat To Do List

to do list

Tiba saja di pejabat, segera tulis list-to-do yang mesti diselesaikan ikut prioriti pada hari tersebut. Jadi kerja kita cepat siap dan kita boleh pulang dengan gembira.

#10 – Selaraskan Waktu Di Rumah & Waktu Kerja

Bagi yang bekerja di sektor awam dan swasta, mungkin kita punyai 3 pilihan waktu kerja iaitu 7.30 pagi – 4.30 petang, 8 pagi – 5 petang dan 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Selaraskan masa di rumah dengan waktu kerja agar kita tidak terkejar-kejar.

#11 – Rancang Siapa Yang Hantar Anak Ke Sekolah Atau Rumah Pengasuh

hantar anak ke sekolah

Rancang dengan suami siapa yang bakal hantar anak-anak ke sekolah atau rumah pengasuh ikut giliran sebelum keluar bekerja pukul 7.00 pagi.

#12 – Atur Masa Jika Bekerja Shif

Jika ada ibu yang bekerja shif, memang merungsingkan. Ini bermakna anak-anak perlu ditinggalkan tidak tentu masa. Malah ada kalanya kita perlu kerja hingga lewat malam atau seminggu penuh tanpa hari cuti. Apa yang penting, kita aturkan masa dan berkomunikasi dengan suami. Bertolak ansur.

#13 – Elak Buang Masa Bermain Handphone

buang masa depan handphone

Apabila berada di rumah setelah habis waktu kerja, elakkan bermain handphone dan kurangkan panggilan telefon untuk kerja. Tiba masanya, kita fokus melayan keluarga di rumah dan luangkan masa melihat anak-anak menyiapkan kerja sekolah.

#14 – Rehat Sebentar

Kita juga wanita biasa. Kudrat yang Allah SWT beri sudah sesuai dengan badan. Maka berikan diri sedikit pilihan untuk berehat sebentar. Banyakkan doa dan pohon bantuan-NYA untuk selesaikan rutin harian yang mencabar ini.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)