Terapi Doa Rasulullah SAW Supaya Sembuh Dari Sakit Fizikal Dan Dalaman | Tip Wanita Dot Com

Sabda Nabi Muhammad SAW, “setiap penyakit ada ubatnya.” Sebab itu digalakkan mereka yang mengalami sakit dianjurkan untuk mulakan langkah dengan merawat dan berubat.  Sakit dan kesihatan sangat berkait rapat.  Malah sakit yang dikatakan sakit itu bukan setakat merujuk kepada keadaan fizikal tubuh badan, ia juga terarah kepada dalaman.  Misalnya sakit hati, marah, stress, tak bahagia, berdendam.  Itu pun dikira sakit.

 Perasankah selama mana kita mendalami riwayat hidup Rasulullah SAW, jarang sekali kita dengar baginda sakit?  Apakah yang Nabi Muhammad SAW amalkan supaya dirinya kekal sihat luaran dan dalaman sentiasa?  Jom baca artikel di bawah.

 Terapi Doa Untuk Sakit Fizikal

Suatu hari ada seorang sahabat Nabi SAW bernama Utsman bin Al Ash r.a. datang mengeluh sakit pada anggota tubuhnya sejak beliau masuk islam. Lalu Rasulullah mengajarkan cara ini :

a) Letakkan tangan pada tempat yang sakit.

b) Baca bismillah tiga kali.

c) Baca doa ini tujuh kali > أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Saat kita mengalami sakit yang tertentu di bahagian tubuh seperti kepala (mingrain), dada, perut atau kaki, Rasulullah SAW menyarankan kita membaca doa ini :

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan).”

HR. Muslim 

Yang penting, yakin dengan apa yang diajarkan Rasulullah SAW, pasti Allah akan berikan kesembuhan yang luar biasa kepada kita dengan kadar yang sangat pantas dan mudah, insya Allah.  Sama seperti Allah SWT sembuhkan Utsman bin Al Ash RA.

Terapi Kesihatan Dalaman Untuk Jiwa Yang Sakit

Ramai orang tidak sedar tentang jiwa yang sakit.  Mengikut kajian, jiwa yang sakit atau stress akan menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit lain secara tidak langsung seperti serangan jantung, darah tinggi atau strok.

1# – Tenang dan Kurangkan Marah

Nasihat Rasulullah SAW yang menyatakan tentang ‘jangan marah’ diulang sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan seorang mukmin bukanlah terletak pada jasad, namun lebih kepada kebersihan jiwa.  Bayangkan Rasulullah SAW turun memberi 4 cara supaya kita dapat tenangkan diri dan menahan perasaan apabila dilanda kemarahan dalam satu situasi.

Iaitu dengan mengubah posisi ketika marah. Jika berdiri, hendaklah kita duduk dan apabila marah masih lagi membara, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan.  Jika tidak berkurang juga, segera ambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangankan dan menghilangkan gundah di hati.

 2# – Banyakkan Sabar, Istiqamah Dan Tawakal Kepada Allah SWT

Banyak orang apabila ada masalah, mereka mencari makhluk.  Kurang menjenguk dan berdoa kepada Allah.  Walhal kuncinya adalah rujuk Allah terlebih dahulu.  Sabar, istiqamah dan tawakal merupakan kunci yang berikan kesan emosi yang mendalam bagi kelapangan jiwa.

3# – Tidak Pernah Iri Hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesehatan hati, semestinya kita perlu jauhi sifat iri hati. Berdoa “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

 4# – Memaafkan Orang

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut.  Memaafkan orang lain umpama membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.  Sesetengah orang mungkin sukar nak maafkan namun perlu faham memaafkan bukan bermaksud membenarkan orang tersebut melakukan kesalahan yang sama pada kita.  Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan lebih sihat.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)