Wuduk – Terapi Kesihatan Terbaik Yang Kita Tak Pernah Tahu | Tip Wanita Dot Com

Wuduk merupakan salah satu cara bersuci sebelum melakukan ibadah dalam Islam dan sangat familiar bagi kalangan muslim. Berwuduk juga adalah salah satu kebiasaan Rasulullah SAW sebelum tidur. Dari sudut pandangan ilmu perubatan, ternyata wuduk sangat bagus dijadikan sebagai terapi kesihatan diri. Manfaatnya sungguh luar biasa.

Sesetengah daripada kita mungkin dah biasa dengan wudhuk, namun masih ramai yang belum faham mengapa kita kena berwudhuk terutama sebelum tidur. Yang menariknya untuk kita ketahui, rupanya dengan melakukan istinsaq iaitu masukkan air ke dalam hidung terbukti menyihatkan struktur dalaman hidung kita.

wuduk 2

Mencuci tangan hingga ke pergelangan tangan serta sampai ke siku dimana ia diulang selama tiga kali mampu melindungi diri kita dari kuman dan bakteria berbahaya. Kerana kebanyakan kuman dan bakteria ini masuk ke dalam tubuh melalui medium perantara iaitu tangan. Bukan itu saja, malah kebersihan dan kelembaban kulit turut terjaga ketika kita sering berwudhuk.

Lebih luar biasa saat kita tahu mengapa ada perbuatan bersihkan kelepek telinga dalam wudhuk. Kerana Allah SWT sudah sedia tahu bahagian yang jarang diambil perhatian oleh manusia ketika bersihkan badan adalah anggota telinga. Begitu juga dengan kaki dan muka. Setiap daripadanya miliki rahsia tersendiri untuk kebaikan kesihatan dalaman kita.

Berikut merupakan manfaat wudhuk sebagai terapi kesihatan yang kita tidak tahu atau kurang peduli sebelum ini :

#1 – Bebas Dari Kuman Jahat

Kuman mampu tumbuh dan berkembang di mana-mana saja. Di pintu, meja pejabat, lantai, bilik, katil dan handphone kita sekali pun. Sebab itu, kita diharuskan untuk selalu berada dalam keadaan bersih. Apatah lagi menepuk katil sebelum tidur untuk buang hama. Penelitian terakhir oleh Dr. Musthafa Syahatah dari Universiti Alexsandria menyatakan orang yang berwuduk sebelum tidur miliki kuman yang sangat sedikit dalam tubuh badan dari orang yang tidak mengambil wuduk.

#2 – Bersihkan Diri Dari Kotoran

Wuduk itu sendiri bermaksud membersihkan diri. Baik dari segi kotoran, kuman dan bakteria kecil mahupun menggugurkan dosa-dosa kecil. Bermula dari niat hinggalah kepada membasuh keseluruhan anggota seperti berkumur, muka, tangan, rambut dan kaki, semuanya adalah untuk bersihkan diri yang merupakan sebahagian daripada iman. Bukankah Allah SWT sangat menyukai kebersihan?

#3 – Wajah Semakin Bermaya Dan Bersih Walau Tanpa Pakai Make-up

Jika pakar kecantikan sering menyarankan para wanita perlu cuci muka sebelum tidur, maka Rasulullah SAW menganjurkan kita berwuduk sebelum tidur. Wuduk sangat membantu kita dalam menjaga dan rawat kecantikan muka secara semulajadi. Menurut pakar kecantikan, wuduk juga dipercayai dapat hilangkan noda-noda hitam kulit wajah dan muka kelihatan lebih segar. Malah, dapat tingkatkan pahala lagi.

#4 – Bantu Relaks kan Otot Sebelum Tidur

sleep muslim

Antara manfaat wuduk sebelum tidur adalah dapat merelakskan otot yang sudah seharian bekerja keras. Air itu sendiri merupakan elemen ketenangan dan secara psikologinya, seseorang yang berwuduk akan semakin tenang, gembira dan badan terasa lebih segar.

#5 – Normalkan Semula Kadar Nadi Jantung

Dengan membasahi anggota tubuh dengan air, ia membuatkan diri kita kembali normal dengan detakan yang lebih stabil. Kerana itu digalakkan jika diri sedang marah, ambillah wuduk sebagai ketenangan. Hasil ini sudah diteliti oleh Doktor Ahmad Syauqy yang merupakan seorang pakar kardiovaskular di London.

#6 – Sembuhkan Penyakit Insomnia

Ada yang kerap alami diri susah tidur? Maka dengan amalkan wuduk sebelum tidur, insomnia dapat dihilangkan.

Comments

bookcover

Nanti Dulu! Kami Ada Tawaran  Untuk Selesaikan Masalah Puan!

Download Ebook 9 Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan Di Dapur. PERCUMA untuk hari ini sahaja!

Terima Kasih! Sila Periksa Emel Anda Sekarang Untuk Download Ebook Kami!

Related Posts

Hilangkan Jeragat Hanya Dari Dapur!

Download ebook ini dan puan akan belajar :
1. Senarai bahan di dapur yang boleh hilangkan jeragat puan
2. Do & Donts dalam pemakanan
DOWNLOAD SEKARANG! (SILA PERIKSA EMEL ANDA SELEPAS INI)